Shuib & Watie Selamat Bergelar Suami Isteri

Shuib & Watie Selamat Bergelar Suami Isteri

Terkini, pelawak dan penyampai radio iaitu Shuib telah selamat bergelar suami kepada Watie Hanifiah dengan sekali lafaz di majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dinikahkan oleh abang kandung pengantin perempuan, Qadhaffi Hanifiah.

Pelawak berusia 39 tahun itu memberi mas kahwin sebanyak RM8,288 kepada Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah.

Bukan itu sahaja, pihak pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh dulang hantaran oleh pihak pengantin perempuan.

Menerusi laporan Gempak, Shuib dan Watie dilihat menggayakan persalinan pengantin hasil pereka fesyen, Fizi Woo pada hari bahagia mereka.

Difahamkan, majlis pernikahan mereka telah mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barangan kemas.

Sebelum ini, pasangan itu telah melangsungkan majlis pertunangan pada 6 Mei lalu secara tertutup dengan dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Dalam majlis tersebut, Watie telah disarungkan cincin tunang oleh ibu Shuib, Salamiah Jalani dan disaksikan ibunya.

Shuib & Watie Selamat Bergelar Suami Isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya

Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker