KJ beri lampu hijau untuk Najib bawa ubat sendiri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan membawa bekalan ubatnya sendiri yang diperoleh daripada hospital swasta ketika berada di dalam penjara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau sudah memeriksa prosedur Jabatan Penjara Malaysia dan perkara sebegitu sememangnya dibenarkan.

Sehubungan itu, Khairy menegaskan, tidak timbul isu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan bekas Perdana Menteri itu untuk menerima ubat yang biasa diambilnya sebelum ini.



“Dalam prosedur penjara, sekiranya banduan sanggup membeli bekalan ubat sendiri dan tidak mahu menerima ubat yang dibekalkan KKM, saya difahamkan boleh dibenarkan, tidak menjadi masalah pun.

“Saya telah maklumkan kepada keluarga beliau, sekiranya mereka nak bekalkan jenama ubat tertentu kepada Datuk Seri Najib, tidak jadi masalah tapi ubat kita beri di hospital itu ubat generik.

“Kalau nak bawa ubat sendiri, tak menjadi masalah dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada keluarga beliau. Cuma pada hari tersebut, beliau berada di HKL dan kita beri ubat generiklah,” kata Khairy.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KKM dengan IHH Healthcare pada Rabu.



Khairy juga difahamkan Ahli Parlimen Pekan itu sudah membawa bekalan ubatnya di penjara.

Justeru, jelas Khairy, tidak timbul isu Najib dinafikan hak untuk menggunakan ubatnya sendiri ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas peguam Najib, Datuk ZaidIbrahim yang menggesa KKM memberikan Najib ubat yang selalu digunakan untuk penyakit darah tingginya.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan di Facebook, Zaid berharap Khairy memastikan Najib diberi ubatan yang sesuai dengan penyakitnya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida



Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker