Jalan jem buat doktor lari 3 kilometer demi selamatkan pesakit
NEW DELHI – Seorang pakar bedah di Bangalore, India, sanggup berlari sejauh 3 kilometer ke hospital untuk melakukan pembedahan ke atas seorang pesakitnya selepas terkandas dalam kesesakan lalu lintas yang teruk, lapor laman berita India Today semalam.
Dr. Govind Nandakumar yang merupakan Pakar Bedah Gastroenterologi di Hospital Manipal Sarjapur, dijadualkan melakukan pembedahan kecemasan laparoskopi pundi hempedu terhadap seorang pesakit wanita separuh usia pada pukul 10 pagi (waktu tempatan), 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, dia terkandas dalam kesesakan lalu lintas di Sarjapur, Marathalli.
Tanpa berfikir panjang, Govind meninggalkan kereta yang dipandu pemandunya dan berlari sejauh 3 kilometer ke hospital bagi melakukan pembedahan tersebut.
“Setiap hari, saya melakukan perjalanan dari Bangalore tengah ke Hospital Manipal di Sarjapur yang terletak di tenggara Bangalore.
“Saya bertolak dari rumah pada waktu yang tepat untuk menjalankan pembedahan. Pasukan saya juga telah bersiap sedia untuk melakukan pembedahan sebaik sahaja saya tiba di hospital.
“Melihatkan keadaan lalu lintas yang teruk, saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta bersama pemandu dan berlari ke hospital tanpa berfikir panjang,” ujarnya.
Pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan pesakit berkenaan dilaporkan telah keluar dari hospital dan berada dalam keadaan baik. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Siarkan rakaman penuh prosiding rayuan akhir kes SRC – Shahrir
- Najib tidak dibenarkan mendapat rawatan di IJN
- Rafizi perlu lihat ‘kubur’ PKR – Noh
- Ugut sebar video bogel jika tidak masukkan RM1,000
- PAS takkan kerjasama dengan Umno – Bersatu
- Dubai rancang bina resort seperti bulan bernilai RM22 bilion
- UMNO mahu kerusi dimenangi wakil rakyat yang melompat parti – Shahril
- Nama Tajuddin tiada dalam senarai duta baharu
- Wanita potong kemaluan suami kerana curang dan mahu menikah lagi
- Pengedar Dadah Di UK Beri Diskaun Untuk Kokain Dan Ketamin Sempena Kematian Ratu
- Kes serangan seksual bapa Puteri Balqis diambil alih Polis Shah Alam
- Kutipan Abang Long Fadil 3 dah RM10 juta
- Sebab Dr Amalina pilih kerakyatan British untuk anak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)
Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]
Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)
You must be logged in to post a comment.