Genap setahun, 83% janji dilaksana dalam MoU kerajaan-PH
Genap setahun, 83% janji dilaksana dalam MoU kerajaan-PH
Seorang Ahli Parlimen pembangkang memuji memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai antara kerajaan pusat dan Pakatan Harapan (PH) yang genap setahun, hari ini.
Ahli Parlimen Lembah Pantai dari PKR, Fahmi Fadzil berkata, kira-kira 83% daripada perkara disepakati dalam MoU itu telah berjaya dilaksanakan.
“Kesemua transformasi yang dilakukan ini adalah untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih stabil selain membuktikan kepada rakyat yang PH mampu mengetepikan sentimen politik demi kesejahteraan rakyat Malaysia.
“Hasilnya, beberapa pindaan Perlembagaan telah dapat dilakukan dan ia tidak mungkin akan berlaku tanpa adanya MoU ini,” kata Fahmi yang juga pengarah komunikasi PH dalam kenyataan.
Fahmi turut menyenaraikan tujuh perkara telah dicapai menerusi MoU itu membabitkan Akta Anti Lompat Parti, pewartaan Undi18 dan pendaftaran pemilih automatik serta pemberian moratorium B50.
Selain itu katanya, turut dicapai adalah pembaharuan Parlimen, peruntukan sama rata untuk semua ahli parlimen, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Kebebasan Badan Kehakiman.
Fahmi turut membayangkan, jika PH diberikan mandat sekali lagi, lebih banyak transformasi dan reformasi institusi yang boleh dilakukan.
Pada 27 Jul lalu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan MoU yang itu tidak akan disambung.
Keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, pada April, memutuskan MoU dimeterai antara kerajaan dan PH tidak diteruskan, selepas 31 Jul.
Ismail yang juga naib presiden Umno, berkata gabungan pembangkang dimaklumkan tentang ketetapan partinya untuk tidak menyambung perjanjian yang dimeterai pada 13 Sept 2021 itu, dan kedua-dua pihak bersetuju “tidak perlu ada perjanjian baharu”. FMT
Genap setahun, 83% janji dilaksana dalam MoU kerajaan-PH
Baca Artikel Menarik:
- Siarkan rakaman penuh prosiding rayuan akhir kes SRC – Shahrir
- Najib tidak dibenarkan mendapat rawatan di IJN
- Rafizi perlu lihat ‘kubur’ PKR – Noh
- Ugut sebar video bogel jika tidak masukkan RM1,000
- PAS takkan kerjasama dengan Umno – Bersatu
- Dubai rancang bina resort seperti bulan bernilai RM22 bilion
- UMNO mahu kerusi dimenangi wakil rakyat yang melompat parti – Shahril
- Nama Tajuddin tiada dalam senarai duta baharu
- Wanita potong kemaluan suami kerana curang dan mahu menikah lagi
- Pengedar Dadah Di UK Beri Diskaun Untuk Kokain Dan Ketamin Sempena Kematian Ratu
- Kes serangan seksual bapa Puteri Balqis diambil alih Polis Shah Alam
- Kutipan Abang Long Fadil 3 dah RM10 juta
- Sebab Dr Amalina pilih kerakyatan British untuk anak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)
Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]
Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)
You must be logged in to post a comment.