Ejen kosmetik diculik lelaki bersenjata mungkin dibawa ke Siam

Ejen kosmetik diculik lelaki bersenjata mungkin dibawa ke Siam

TUMPAT – Keluarga kepada seorang ejen jualan barangan kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, yang disyaki diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam tidak menolak kemungkinan wanita itu dibawa ke Thailand.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, dakwaan tersebut berasas selepas kereta yang digunakan oleh kumpulan lelaki berkenaan ditemui berhampiran kawasan sebuah pangkalan haram di Sungai Golok dekat Pengkalan Kubor di sini.

“Tiada sebarang maklumat terbaru yang diterima oleh kami sebagai ahli keluarga.

“Saya berharap semua dapat mendoakan keselamatan Rosnazirah agar dia dapat ditemui dengan selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Dilaporkan, seorang wanita dipercayai ejen kosmetik hilang selepas dipercayai diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa disyaki dibawa lari dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

Suspek yang terlibat dalam kes itu juga dipercayai menggunakan senjata semasa membawa lari mangsa terus ke arah Wakaf Bharu di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, pihaknya menerima laporan dan mengesahkan kejadian tersebut. K Online

Ejen kosmetik diculik lelaki bersenjata mungkin dibawa ke Siam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tunai umrah untuk Ratu Elizabeth II

Rafizi nak tipu apa lagi? – Zahida

Shahidan tak dapat bezakan antara orang UMNO atau orang Shahidan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker