Shopee, MDEC sumbang RM109 juta sokong perniagaan tempatan
Jualan Murah Keluarga Malaysia @DE DAGANG (JMKM@DE DAGANG)
Shopee, MDEC sumbang RM109 juta sokong perniagaan tempatan
Shopee dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) akan menyumbang sejumlah RM109 juta untuk menyokong penjual tempatan melalui Jualan Murah Keluarga Malaysia @DE DAGANG (JMKM@DE DAGANG) bermula sekarang hingga Disember ini.
Melalui program ini, Shopee dan MDEC akan memadankan sumbangan masing-masing yang berjumlah hingga RM54.5 juta dari setiap pihak bagi memberikan subsidi jualan dan subsidi penjual kepada penjual tempatan.
Shopee dalam satu kenyataan berkata, subsidi ini akan membolehkan kira-kira 100,000 peniaga tempatan memacu jualan dalam talian, terutamanya mereka yang terlibat khususnya dalam bidang eksport, pelancongan dan produk kraf.
“Ia juga bertujuan meningkatkan kepercayaan rakyat Malaysia untuk membeli daripada perniagaan tempatan, serta memastikan penjual kekal berdaya maju dan berdaya saing.
“Semasa membeli produk tempatan ini, rakyat Malaysia bakal menikmati penjimatan hingga 20 peratus atau hingga RM500 pada setiap transaksi melalui diskaun, pulangan tunai dan baucar penghantaran,” kata kenyataan itu.
Sepanjang tahun lalu, kempen Shop Malaysia Online (SMO) dan Go-eCommerce Onboarding menyaksikan sokongan padu daripada penjual dan pengguna yang menjana lebih daripada 10 juta pesanan secara keseluruhan.
Sejumlah 85 peratus daripada PKS mikro yang mengambil bahagian dalam kedua-dua kempen tersebut merupakan penjual baharu kepada Shopee.
Ketua Pemasaran Jenama di Shopee Malaysia, Huiyan Pan berkata JMKM@DE DAGANG akan membantu peniaga tempatan menurunkan kos operasi, memanfaatkan peluang baharu dalam talian, serta mengukuhkan kebolehsuaian dan daya tahan perniagaan tempatan.
“Bersama dengan MDEC, kami dapat memacu sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global memandangkan sumbangan tambahan ini akan menghubungkan penjual tempatan kepada lebih ramai pelanggan yang mengutamakan aspek digital.
“Kami akan terus meningkatkan usaha kami dalam mempromosikan produk keluaran tempatan demi memberi impak yang lebih besar kepada ekonomi Malaysia,” tambah Pan.
Katanya, Shopee sentiasa mencari cara baharu bagi menawarkan lebih nilai, variasi dan kemudahan dalam keperluan dalam talian harian seperti bahan makanan, peralatan rumah dan banyak lagi.
Ini termasuk sokongan yang lebih lagi untuk komuniti luar bandar dan komuniti tempatan sebagai sebahagian daripada usaha demi menjadikan e-dagang untuk semua.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz pula berkata, pihaknya akan terus memangkin pertumbuhan e-dagang di Malaysia melalui kerjasama rapat dengan rakan kongsi ekosistem digital.
“Melalui program ini, kami berharap dapat membantu perniagaan tempatan dan komuniti yang tidak berapa stabil dari segi ekonomi untuk mencapai khalayak yang lebih luas serta memasarkan produk dan perkhidmatan mereka tanpa mengira lokasi.
“Ini juga akan membantu mengekalkan pendapatan ramai dan meminimumkan kehilangan pekerjaan.” BH
Shopee, MDEC sumbang RM109 juta sokong perniagaan tempatan
Baca Artikel Menarik:
- Siarkan rakaman penuh prosiding rayuan akhir kes SRC – Shahrir
- Najib tidak dibenarkan mendapat rawatan di IJN
- Rafizi perlu lihat ‘kubur’ PKR – Noh
- Ugut sebar video bogel jika tidak masukkan RM1,000
- PAS takkan kerjasama dengan Umno – Bersatu
- Dubai rancang bina resort seperti bulan bernilai RM22 bilion
- UMNO mahu kerusi dimenangi wakil rakyat yang melompat parti – Shahril
- Nama Tajuddin tiada dalam senarai duta baharu
- Wanita potong kemaluan suami kerana curang dan mahu menikah lagi
- Pengedar Dadah Di UK Beri Diskaun Untuk Kokain Dan Ketamin Sempena Kematian Ratu
- Kes serangan seksual bapa Puteri Balqis diambil alih Polis Shah Alam
- Kutipan Abang Long Fadil 3 dah RM10 juta
- Sebab Dr Amalina pilih kerakyatan British untuk anak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)
Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]
Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)
You must be logged in to post a comment.