Trending

Masih ada masa PRU15 tahun ini Ismail

Masih ada masa untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan tahun ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Ismail berkata, keputusan mengenai bila PRU akan diadakan kekal di tangan pucuk pimpinan Umno.

“Ya, tetapi semuanya terpulang kepada ‘top five’ (pimpinan tertinggi Umno),” katanya kepada pemberita di luar Kongres Inovasi dan Teknologi Sedunia (WCIT).



Beliau berkata demikian apabila diminta memberi respons kepada dakwaan bahawa “tingkap” masa bagi PRU diadakan tahun ini sudah tertutup.

Katanya, pemimpin Umno akan bertemu “secepat mungkin” untuk membincangkan perkara itu, mungkin sebelum Bajet 2023 dibentangkan pada Oktober.

Barisan “top five” pimpinan Umno itu merujuk kepada presiden Ahmad Zahid Hamidi, timbalan presiden Mohamad Hasan serta tiga naib presiden, iaitu Mohamed Khaled Nordin, Mahdzir Khalid dan Ismail sendiri.

Ismail juga enggan mengulas spekulasi bahawa beliau akan membentangkan Bajet 2023, sekadar memberitahu pemberita untuk “tunggu dan lihat”.



Dalam perkembangan lain, Ismail mengulangi bahawa bekas perdana menteri Najib Razak, yang sedang dipenjarakan berhubung kes SRC International, akan menerima rawatan terbaik daripada Kementerian Kesihatan (KKM) bagi penyakit dialaminya baru-baru ini.

Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur semalam untuk rawatan ekoran keadaan tekanan darahnya yang turun naik, dilaporkan selepas ubat-ubatannya bertukar.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata Najib diberi preskripsi yang betul tetapi hanya diberikan ubat jenis generik dikeluarkan oleh hospital kerajaan. FMT

Masih ada masa PRU15 tahun ini Ismail




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengku Hassanal tolong angkat skrol jatuh ketika istiadat (Video)



Masjid Noori Berusia 120 Tahun Muncul Semula Selepas Tiga Dekad Tenggelam [VIDEO]

Ustazah Asma Tak Tahan Dikecam Berterusan Tanpa Sebab (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker