Anwar akui PKR berat terima Muda jadi komponen PH

Anwar akui PKR berat terima Muda jadi komponen PH

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim tidak menafikan sentimen penolakan dalam PKR terhadap permohonan Muda menyertai gabungan itu.

Bagaimanapun, beliau yang juga presiden PKR tidak boleh mengetepikan permohonan parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tanpa mengadakan perbincangan teliti, termasuk mengambil kira implikasi.



“Kita ambil pandangan semua, kena bincang teliti implikasinya. Sesiapa juga yang bersama dengan PH, dia kena ada prinsip utama yang diterima, ada perimeter jelas harus diterima pakai.

“Tetapi kita harus beri ruang untuk berbincang dengan baik,” katanya menurut Astro Awani.

Selasa lalu, Syed Saddiq mengumumkan parti itu menyatakan hasrat menyertai PH bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Namun, Ketua Pemuda PKR Adam Adli Abdul Halim, menegaskan tiada jalan mudah untuk Muda menyertai PH.



Susulan kenyataan membawa Muda menyertai PH, pemimpin akar Umbi daripada PKR paling kuat menyatakan kritikan.

Khamis lalu, Timbalan Ketua Penerangan PKR Pusat Razeef Rakimin, mahu Muda terus memutuskan sebarang kerjasama dengan Warisan memandangkan parti itu tidak lagi mesra PH.

Beliau turut menyelar kenyataan Ketua Muda Sabah Amos Thien, yang masih mengharap kerjasama dengan Warisan, ketika Muda sudah meluahkan hasrat menyertai PH.

Ketua Penerangan PKR Selangor Halimey Abu Bakar, pula mahu Muda menyatakan pendirian mereka terhadap Gerakan Tanah Air (GTA) dan Pejuang, ditunjangi Dr Mahathir Mohamad, selain mahu parti itu menyatakan sokongan tuntas kepada Anwar sebagai calon tunggal perdana menteri.



Hari ini, Timbalan Presiden Muda Amira Aisya, berkata partinya bukan proksi Dr Mahathir Mohamad dan Pejuang berdasarkan perbezaan perkara asas diperjuangkan.

Beliau berkata demikian memandangkan timbul kerisauan dan keraguan terhadap niat sebenar Muda untuk menjadi parti komponen PH

Katanya, sekiranya Muda tidak ikhlas berjuang, adalah lebih baik mereka menyertai parti kerajaan sahaja mengambil kira tawaran “macam-macam” kepada Syed Saddiq sebelum ini.

“Buat apa susah-susah mahu lawan kerajaan, keluar masuk balai, naik turun mahkamah kalau apa yang saya buat sebagai pimpinan Muda ini tidak ikhlas untuk negara? Nak kaitkan Muda dengan Tun Mahathir dan Pejuang juga tak boleh. Muda bukan ejen atau proksi mereka. Banyak hal asas kami berbeza pendapat,” katanya.



Beliau berkata, Muda mahu raikan semua agama, kaum dan warna kulit. FMT

Anwar akui PKR berat terima Muda jadi komponen PH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker