Ibu, anak, cucu maut dalam nahas 3 kenderaan
Ibu, anak, cucu maut dalam nahas 3 kenderaan
Tangkak: Tiga beranak terdiri ibu, anak dan cucu maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat di sini, semalam.
Siti Fatimah Ladri, 71 tahun dan anaknya, Nor Haliza Hamzah, 36 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala anak Nor Haliza iaitu Aarish Ammar, 2, meninggal dunia di Hospital Tangkak.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, kejadian membabitkan dua kereta Perodua Myvi dan sebuah kenderaan utilliti sukan (SUV) Mazda CX5 .
Katanya, akibat kemalangan itu Siti Fatimah dan Nor Haliza yang tersepit dalam Perodua Myvi yang dalam perjalanan dari Tangkak menghala ke Segamat itu meninggal dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu.
“Manakala pemandu, Harunarashid Ghazali, 34, dan anak, Aarish Ammar yang cedera dihantar ke Hospital Daerah Tangkak dengan ambulans.
“Kanak-kanak lelaki yang cedera parah itu bagaimanapun meninggal dunia ketika menerima rawatan lanjut pada jam 5 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi berwarna hitam dinaiki keempat-empat mangsa dari arah Tangkak menghala ke Segamat, dilanggar Perodua Myvi warna kelabu (arah bertentangan) yang mahu memotong sebuah kenderaan lain di hadapan, sebelum terbabas lalu masuk ke gaung.
“Kereta dinaiki empat sekeluarga itu kemudian dipercayai berpusing dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Mazda yang cuba mengelak namun terlanggar bahagian belakang kereta mereka,” katanya.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan mayat mangsa yang maut dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II (PBK) K Kumar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.19 petang.
Katanya, seramai 15 anggota dari BBP Tangkak dan BBP Segamat dengan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan membabitkan dua Perodua Myvi dan sebuah kenderaan utilliti sukan (SUV) Mazda CX5 serta seramai enam mangsa.
“Dua mangsa yang tersepit tersepit di tempat duduk dikeluarkan menggunakan peralatan khas sebelum disahkan sudah meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir,” katanya.
Katanya, mayat kemudiannya diserahkan kepada pihak polis manakala dua lagi mangsa dalam Perodua Myvi berkenaan yang cedera dihantar ke Hospital Tangkak dengan ambulans.
Kumar berkata, pemandu sebuah lagi Perodua Myvi dengan nombor pendaftaran di Johor, Khoo Ling Wei, 26, dan pemandu Mazda CX5, Muhammad Loqman, 26, terselamat.
Operasi menyelamat ditamatkan pada jam 4.40 petang. HM
Ibu, anak, cucu maut dalam nahas 3 kenderaan
Baca Artikel Menarik:
- Penjual dadah kini ketuai solat
- Khairy, Rafizi saling sapa menyapa di Twitter
- Bank Rakyat perkenal produk pelaburan sulung
- Konflik kepentingan: Hakim Vazeer undur diri, Nazlan?
- Peringatan kepada Mahathir
- Kapal ‘James Bond’ karam selepas terkandas
- Tawaran berlakon drama ditarik, nama Puteri Balqis digugurkan?
- Jabatan Mufti cari Habib Shah Firdaus
- Isu InDriver: Pastikan padang sama rata baru cakap soal persaingan sihat
- Remaja lahir bayi kembar berlainan bapa
- Tawar khidmat seks serendah RM50 hingga RM150 sejam
- ‘Hati Kau Kuat Bro’ Ramai Kagum Dengan Penebar Roti Canai Terbang ‘Single Hand’ [VIDEO]
- Nabil Ahmad Jadi Teladan Rakan Di Konti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD
You must be logged in to post a comment.