Selebriti kenang, hargai jasa PTPTN

PETALING JAYA – Tidak dinafikan, sejak 25 tahun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditubuhkan, ia banyak membantu dari segi kemudahan kewangan dalam meneruskan pengajian pelajar di negara ini.

Menerusi pembiayaan yang diberikan, ramai dalam kalangan peminjam dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sekali gus mengubah taraf hidup serta sosioekonomi.

Bercakap mengenai jasa dan sumbangan PTPTN, mungkin agak sukar untuk dibalas, namun kejayaan yang dimiliki seseorang peminjam pada hari inilah yang dapat menggantikan itu semua.



Tidak sekadar golongan biasa sahaja, namun dalam kalangan selebriti tanah air juga banyak terhutang budi dengan jasa PTPTN dalam membantu mereka mendapatkan pendidikan berkualiti di menara gading.

Sebagai contoh, pelakon popular Fattah Amin menyifatkan, PTPTN sebagai satu institusi kerajaan yang banyak membantunya ketika menyambung pengajian beberapa tahun lalu.

Akui suami kepada selebriti terkenal Fazura itu, PTPTN boleh diibaratkan sebagai ‘ibu dan bapa’ kedua baginya terutama dari segi kemudahan kewangan bagi tujuan pendidikan.

“Kalau nak bercakap soal jasa dan sumbangan PTPTN, saya sendiri mungkin tidak boleh balas. Betapa besarnya jasa dan pertolongan PTPTN dalam membantu pendidikan saya sebelum ini.



“Tidak setakat membantu meringankan beban sebelum memasuki kolej, namun PTPTN tetap setia membantu saya sepanjang tempoh pengajian hinggalah sampai tamat belajar,” katanya.

NOR AMEERA bersyukur kerana telah berjaya melangsaikan pinjaman PTPTN mengikut jadual yang ditetapkan.

Tambah pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu lagi, mungkin dia sendiri tidak akan sampai ke tahap ini jika tidak dibantu PTPTN pada peringkat awal.

“Terima kasih PTPTN atas bantuan selama ini. Mungkin jika tidak kerana bantuan pinjaman kewangan yang diberikan, saya sendiri pun tidak akan ada iktisas dan pendidikan secara formal.

“Sempena ulang tahun ke-25 PTPTN, saya harapkan agar PTPTN dapat meneruskan usaha dan niat murni dalam membantu lebih ramai bakal pelajar untuk menyambung pengajian mereka.



“Paling saya gembira, saya sendiri sudah selesai melunaskan pinjaman terdahulu dan ini secara tidak langsung dapat membantu memudahkan urusan pihak PTPTN untuk kegunaan generasi millenial baharu,” ujarnya.

Berbeza pula dengan seorang lagi selebriti popular Nadzmi Adhwa, walaupun masih dalam proses melunaskan bayaran balik pinjaman PTPTN sebelum ini, dia tetap semangat untuk terus berbuat demikian.

Kata bapa kepada seorang cahaya mata itu, dia kini masih lagi dalam proses membayar balik pinjaman secara bulanan dan langsung tidak pernah culas dengan tanggungjawab tersebut.

“Alhamdulillah terima kasih kepada PTPTN yang banyak membantu saya sejak dari awal pengajian sampailah ke saat ini.



“Tidak setakat menjadi pembayar bertanggungjawab, saya juga sudah membuka akaun Simpan SSPN berbentuk tabungan buat cahaya mata kesayangan sebelum ini bagi memastikan dia mendapat pendidikan sewajarnya kelak.

“Memasuki usia 25 tahun, PTPTN tetap unggul di mata kami semua. Tidak setakat berjasa kepada semua dari segi pembiayaan kewangan, malah siapa kami pada hari ini sedikit sebanyak adalah bermula daripada PTPTN sendiri,” katanya.

Seorang lagi peminjam yang juga merupakan pengacara, pempengaruh media sosial dan usahawan tudung terkenal, Nor Ameera Zaini berpendapat, jasa dan sumbangan PTPTN sukar digambarkan dengan kata-kata.

Ujar Nor Ameera, dia sendiri bersyukur kerana sudah berjaya melangsaikan segala pinjaman bersama PTPTN ketika menyambung pengajian dahulu.



“Alhamdulillah diam tidak diam saya sudah berjaya langsaikan semua pinjaman yang pernah PTPTN berikan semasa pengajian.

“Banyak jasa PTPTN yang saya sendiri sukar untuk balas. Tapi satu yang saya pegang, orang berbudi biarlah kita berbahasa.

Tahniah PTPTN di atas kecemerlangan selama 25 tahun dalam membantu modal insan menggapai cita-cita termasuk saya,” katanya. – KOSMO

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker