Dakwaan rasuah RM90 juta, DAP buat laporan SPRM terhadap Hadi

Dakwaan rasuah RM90 juta, DAP buat laporan SPRM terhadap Hadi

Seorang ADUN DAP membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan pengelakan cukai.

Ia susulan video tular Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown baru-baru ini, yang dikatakan “mengesahkan” dakwaannya bahawa Umno memberi rasuah RM90 juta kepada PAS untuk mendapatkan sokongan parti itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).



Dakwaan Rewcastle Brown kali pertama dibuat pada Ogos 2016, yang menyebabkan dia disaman kerana memfitnah oleh Hadi. Saman itu akhirnya diselesaikan di luar mahkamah, dengan Hadi dilaporkan membayar Rewcastle Brown RM1.4 juta pada 2019.

ADUN Seri Delima, Syerleena Rashid membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang, menggesa Hadi disiasat atas dakwaan rasuah, pengubahan wang haram dan mengelak cukai selepas Rewcastle Brown “mengesahkan” dakwaannya.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP negeri, Syerleena berkata beliau diberitahu untuk tidak mendedahkan sifat atau merit aduan itu, dan mendakwa beliau disoal siasat oleh pegawai SPRM selama tiga jam ketika membuat laporan.

Peguam RSN Rayer yang menemaninya membuat laporan, berharap perkara itu akan disiasat secara menyeluruh oleh pihak berkuasa.



Syerleena dan Rayer yang juga Ahli Parlimen Jelutong, turut disertai Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh pada sidang media itu.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa Hadi menjelaskan pengesahan Rewcastle Brown yang kononnya Umno telah membayar PAS RM90 juta sebagai rasuah.

Ahli Parlimen Bagan itu juga memberi amaran bahawa laporan SPRM akan dibuat terhadap Hadi jika beliau tidak memberikan penjelasan berhubung dakwaan editor Sarawak Report itu. FMT

Dakwaan rasuah RM90 juta, DAP buat laporan SPRM terhadap Hadi




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD



It’s None Of Your Business– Zul Ariffin

Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker