Selepas dihentam teruk, Hamzah tak hadir Majlis Serah Terima Tugas Jawatan KPN

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin tidak hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Negara walaupun secara tradisinya menteri bertanggungjawab menjaga agensi itu yang akan memakaikan kenaikan pangkat kepada Ketua Polis baharu dilantik.

Hamzah tidak hadir pada majlis yang berlangsung pagi tadi walaupun di atas pentas terdapat poster jemputan memperlihatkan gambarnya sebagai tetamu utama.

Sebaliknya, Kementerian Dalam Negeri mewakilkan Timbalan Menteri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said untuk menghadiri majlis yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ismail Mohamed memakaikan kenaikan pangkat kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani yang sah menjadi Ketua Polis Negara yang baharu berkuatkuasa hari ini bagi menggantikan Abdul Hamid yang bersara.

Turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia.

Jumaat lalu, Abdul Hamid menghentam Hamzah secara terbuka dalam sidang media terakhirnya di Bukit Aman dengan mendakwa Menteri itu terlibat dalam campur tangan pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Abdul Hamid turut mendakwa Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Hamzah dicemari ‘unsur politik’.

Terdahulu tular audio di media sosial berhubung percakapan Hamzah mengenai permintaannya dalam isu pelantikan dan pertukaran polis.

Hamzah mengakui suara dalam rakaman bocor itu memang miliknya, dan berkata ia berlaku pada tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak melakukan sebarang kesalahan dengan membangkitkan kedudukannya sebagai pengerusi SPP yang menentukan tugasan pegawai polis.-AD

Hamid kalau anak jantan masuk politik, lawan Hamzah di Larut, cabar PPBM Kepong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker