M. Daud Kilau meninggal dunia tidak benar

TELUK INTAN: Mesej tular dalam media sosial mengenai Datuk M. Daud Kilau yang kini dirawat di hospital akibat masalah paru-paru berair dikatakan telah meninggal dunia tidak benar.

Isteri M. Daud Kilau, Datin Rohani Awang Ngah berkata, suaminya sudah menunjukkan tanda pulih selepas sesak nafas sehingga terpaksa menggunakan bantuan alat pernafasan pada malam Rabu lalu.

“Ya saya sudah tengok mesej tular yang mengatakan Datuk sudah meninggal dunia malah saya terima banyak panggilan daripada rakan-rakan yang bertanyakan mengenai perkara itu.



“Mesej itu tidak benar, Datuk masih dirawat di hospital malah keadaannya bertambah baik. Doktor pun sudah tukar paras oksigen yang lebih rendah pada alat bantuan pernafasan, dia pun sudah boleh bercakap.

“Saya sudah biasa terima mesej sebegini, setiap kali Datuk masuk hospital, pasti ada mesej-mesej sebegini. Saya sudah biasa, tak apalah,” katanya.

Terdahulu, pagi ini, penyanyi veteran berusia 84 tahun itu yang dilaporkan kritikal selepas mengalami sesak nafas pada Rabu telah mula sedarkan diri dan mahu makan seperti biasa.

Anak penyanyi itu, Ahmad Zaini, 51, memaklumkan, bapanya mula menunjukkan perkembangan kesihatan yang positif berbanding sebelumnya apabila sudah sedar dan boleh makan berbanding keadaannya semalam.



Begitupun katanya, bapanya masih lemah walaupun sudah boleh diajak bersembang.

Hari ini tular mesej penyanyi veteran itu dikatakan sudah meninggal dunia menerusi sekeping gambar beliau dalam warna hitam putih dengan ucapan ‘Innalillah’ dan makluman ‘sebentar tadi terima berita duka Datuk M. Daud Kilau’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker