MIC yakin rampas kembali Parlimen Sungai Siput
PARLIMEN Sungai Siput tradisinya ditanding Presiden MIC sejak zaman mendiang Tun V.T Sambanthan lagi dan ini diteruskan oleh Tun S. Samy Vellu dan menang selama lapan penggal di parlimen itu sebelum beliau kalah pada pilihan raya 2008 kepada M. Jeyakumar daripada PSM.
Selepas itu, dua percubaan MIC untuk merampas Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan PRU14 menerusi Timbalan Presiden ketika itu, Datuk Seri SK Devamany, gagal.
Pada PRU13, Devamany kalah kepada Jeyakumar dari PSM dan pada PRU-14, beliau kalah kepada calon PKR, S. Kesavan.
Tiga penggal kerusi Parlimen Sungai Siput terlepas daripada MIC, penduduk di situ dikatakan sudah mulai merindukan sentuhan MIC dan mereka menerima khabar gembira apabila Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran akan bertanding di Parlimen itu.
Sumber memberitahu, Vigneswaran sah akan bertanding di Parlimen Sungai Siput pada PRU-15, dan ini merupakan peluang terbaik untuk MIC merampas semula kerusi berkenaan.
Malah, difahamkan Vigneswaran membuat kaji selidik dan terus memulakan gerak kerja bertemu pengundi Sungai Siput sejak dua tahun lalu.
Ternyata pengundi menerima baik kehadiran beliau menerusi bantuan dan sumbangan yang berterusan kepada penduduk selain ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin.
“Berbanding sokongan terhadap MIC pada pilihan raya sebelum ini, penduduk di sini memang mahu MIC kembali ke Sungai Siput.
“Tiga penggal tanpa MIC, orang di sini semakin rindukan MIC. Masakan tidak, semasa Samy Vellu menjadi pemimpin mereka di sini, beliau banyak memberikan bantuan terutama pendidikan dan peluang pekerja, penduduk di sini mahukan peluang-peluang sebegitu dikembalikan di sini.
“Peluang MIC kali ini lebih baik, jadi pengundi Sungai Siput sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang untuk MIC kembali bersama mereka,” kata sumber MIC bahagian Sungai Siput.
Dari segi kepimpinan, bekas di-Pertua Dewan Negara itu pernah menerajui Pemuda MIC.
Beliau menggunakan pendekatan secara terus bertemu pengundi di Sungai Siput menerusi pelbagai program turun padang dengan kerap dan boleh rakyat mengadukan masalah secara terus kepada beliau.
Hubungan beliau dengan Barisan Nasional (BN) Sungai Siput juga erat terutama dengan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Zolkafly Harun yang juga exco negeri.
Sebagai bekas ketua Pemuda MIC, Vigneswaran tiada masalah untuk mendekati pengundi 18 tahun yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU15.
Malah, beliau mempunyai hubungan erat dengan ketua-ketua cawangan MIC Sungai Siput yang terdiri daripada orang muda. – UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok berentap dalam GV9
- OctaFX Disenarai Amaran Dari Bank Negara, Aliff Syukri, Fizo Omar Dan Wak Doyok Sakan Promote [VIDEO]
- PH terasa bahang tulisan Hadi kerana dikelilingi pemberi rasuah – Zuhdi
- Sudah label macam-macam, boleh ke Pas bekerjasama dengan UMNO? – Asyraf
- Hanya UMNO boleh dedahkan kerosakan dilakukan Mahathir pada Malaysia
- Najib fail semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan
- Perak negeri pertama beri lesen memandu percuma
- Mak Jenny dengan rezeki RM5 juta
- Penduduk cemas Kampung Iboi dilanda kepala air
- Zaid bidas Tommy Thomas
- Ustazah Asma Tegur Influencer Jalinkan Hubungan Dengan Pasangan Beza Agama
- Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah (Video)
- ‘Terima kasih… tapi pisau itu masih berdarah’, Shabery sindir PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.