Bayi dilahirkan dari embrio beku lebih berisiko menghidap kanser

BAYI yang lahir daripada embrio segar tidak mengalami risiko yang sama. – unlimit3d- stock.adobe.com

STOCKHOLM, SWEDEN – Bayi yang dilahirkan daripada embrio yang disimpan di dalam ruang sejuk beku berisiko tinggi menghidap kanser, lapor portal berita MailOnline semalam.

Penyelidik dari Universiti Gothenberg di Sweden mendapati bahawa kanak-kanak yang dilahirkan daripada embrio beku mengalami peningkatan risiko untuk mendapat leukimia dan kanser yang berkaitan dengan saraf pusat.

Risiko tersebut tidak ditemui dalam kalangan kanak-kanak yang dilahirkan melalui bantuan kaedah persenyawaan lain.

Menerusi kajian tersebut yang diterbitkan dalam jurnal PLOS Medicine pada minggu lepas, penyelidik mengumpulkan data daripada 7.9 juta kanak-kanak di empat negara Scandinavia iaitu Denmark, Finland, Norway dan Sweden.



Daripada populasi itu, 172,000 dilahirkan menggunakan Teknologi Pembiakan Berbantu (ART) dan 22,630 berasal dari embrio beku. Secara purata, 2.07 daripada setiap 1,000 kanak-kanak yang dilahirkan melalui kaedah bantuan didapati menghidap kanser.

Bagi kanak-kanak yang dilahirkan daripada embrio segar yang membentuk majoriti kehamilan persenyawaan in-vitro (IVF), mereka berkemungkinan kurang mendapat kanser. Penyelidik mendapati bahawa 1.97 daripada setiap 1,000 menghidap penyakit ini.

Mereka yang dilahirkan daripada embrio beku paling berisiko dengan 2.12 daripada setiap 1,000 yang didiagnosis.

Kelahiran daripada embrio beku agak jarang berlaku dan membentuk sebahagian kecil daripada keseluruhan bayi yang dilahirkan menggunakan ART, mengakibatkan terdapat sedikit data populasi yang tersedia untuk mereka. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis



Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker