Prospek e-dagang Malaysia positif, catat 25 juta pengguna

Prospek e-dagang Malaysia positif, catat 25 juta pengguna

Pembelian secara dalam talian oleh pengguna di Malaysia terus meningkat meskipun mereka kini boleh membeli barangan dan menikmati pengalaman pembelian secara fizikal.

Berdasarkan laporan tahunan SYNC Asia Tenggara oleh Meta dan Bain & Company, prospek membeli-belah digital secara keseluruhannya kekal positif di Malaysia, dengan Nilai Dagangan Kasar (GMV) dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 11% bagi tempoh antara 2022 dan 2027.

Sebahagian besar keadaan ini dipacu oleh pertumbuhan stabil populasi pengguna digital di Malaysia, yang dicatatkan tertinggi berbanding negara serantau Asia Tenggara iaitu 25 juta pengguna.

Menurut data itu lagi, 99 peratus daripada angka tersebut merupakan pengguna berusia 15 tahun dan ke atas.

Pengarah Negara Meta Malaysia, Nicole Tan berkata meskipun pengguna mempunyai pilihan untuk membeli secara fizikal, namun membeli-belah dalam talian kekal menjadi saluran penting bagi pembeli dalam pengalaman keseluruhan pengguna.

“Di Malaysia, membeli-belah dalam talian kekal menjadi saluran penting bagi pembeli dalam pengalaman keseluruhan pengguna, walaupun mereka kini telah kembali ke kedai fizikal.

“Perniagaan dan pemilik jenama boleh memanfaatkan peluang ini dengan memberi pengalaman membeli-belah yang lancar dan bersepadu untuk memudahkan pengguna bersilih-ganti antara dalam dan luar talian di dunia endemik ini,” ujarnya.

Kajian juga menunjukkan cara promosi melalui penstriman video menggunakan platform e-dagang dilihat berjaya mempengaruhi minat belian pengguna.

Menerusi dapatan data oleh SYNC, rakyat Malaysia membeli-belah menerusi lebih banyak platform e-dagang berbanding sebelum ini dengan purata peningkatan 1.9 kali ganda bagi jumlah platform dalam talian yang digunakan oleh setiap pengguna sepanjang 2021 sehingga 2022.

Selain itu, industri turut menyaksikan kemunculan platform e-dagang alternatif susulan pengguna digital Malaysia yang kini lebih berpengalaman membeli-belah secara dalam talian.

“Kita akan terus menyaksikan evolusi perilaku pengguna di mana mereka mencari cara berkomunikasi yang lebih selesa, mudah dan menarik serta lebih terbuka untuk mencuba perkara baru.

“Kami melihat banyak penggunaan promosi menggunakan mesej oleh perniagaan di Malaysia dengan 61% responden menyatakan telah menggunakan sistem tersebut sejak tahun lalu.

“Terdapat juga penggunaan kandungan video yang mana media sosial menjadi sumber terpantas bagi penemuan carian dalam talian,” tambah Nicole.

Selain itu, ekonomi pencipta kandungan di Malaysia dilihat sedang meningkat dan pengguna boleh melibatkan diri dalam pengalaman pembelian barangan mereka sekali gus menjadi faktor utama yang memacu peralihan ke pembelian e-dagang menerusi promosi video.

Jumlah purata pembelian untuk hiburan, penstriman dan produk berkaitan dengan pencipta kandungan telah meningkat 8 kali ganda dalam tempoh tiga bulan berbanding sebelum kaji selidik dijalankan.

Sementara itu kajian turut mendapati corak pengguna digital dan masa depan e-dagang di Asia Tenggara dijangka lebih baik berbanding rantau lain.

Jangkaan tersebut tertumpu kepada prospek pertumbuhan jangka panjang walaupun nilai dagangan kasar (GMV) terganggu oleh tekanan rantaian bekalan dan inflasi. Awani

Prospek e-dagang Malaysia positif, catat 25 juta pengguna


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker