Pas perlu istikharah pilih MN atau PN – Sharkar
Pas perlu istikharah pilih MN atau PN – Sharkar
Barisan kepimpinan Pas perlu melakukan solat sunat istikharah beramai-ramai bagi memilih antara gabungan Muafakat Nasional (MN) atau Perikatan Nasional (PN).
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, perkara itu perlu segera diputuskan jika PAS mahu terus bekerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU-15 akan datang.
Selain itu, Pas juga harus menghormati kepimpinan UMNO yang telah dipilih ahli akar umbi UMNO jika mahu meneruskan kerjasama.
Beliau bertegas bahawa PAs tidak boleh terus bermain dua kolam kerana Perhimpunan Agung UMNO (PAU) telah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan juga Pakatan Harapan (PH) pada PRU15.
Tambah ADUN Lanchang itu, keputusan dasar parti yang dibuat pada peringkat tertinggi parti, menerusi PAU perlu dihormati oleh Pas jika mahu terus bekerjasama dengan UMNO di bawah gagasan MN.
“Pas telah pun berkahwin dengan Bersatu di bawah PN dan kini mahu berpoligami pula dengan UMNO, apa sebenarnya pendirian Pas?
Pilih PN ataupun MN pada PRU15?
“Saya berpandangan Bersatu juga enggan bekerjasama dengan UMNO kerana apa diinginkan parti itu adalah ‘khemah besar’ yang melibatkan semua parti termasuk PH.
“Jadi, segerakan solat sunat istikharah dan pilih antara MN atau PN. Janganlah PAS mahu terus bermain dua kolam demi memastikan kerusi dimenanginya PRU14 lalu selamat pada PRU15 akan datang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Jika Pas benar-benar ikhlas mahu bekerjasama dalam gagasan MN yang boleh dikatakan telah pun bercerai, segera pilih antara MN atau PN dan bersediakah Pas menggunakan logo BN pada PRU15?
Segala keputusan terserah kepada kepimpinan Pas, tambahnya.
Mohd Shakar menambah, BN dan UMNO kekal konsisten dengan keputusan yang dibuat dan sudah bersiap sedia bergerak solo bagi menghadapi PRU15.
“Tepuk dada tanya selera,” katanya. MG
Pas perlu istikharah pilih MN atau PN – Sharkar
Baca Artikel Menarik:
- Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok berentap dalam GV9
- OctaFX Disenarai Amaran Dari Bank Negara, Aliff Syukri, Fizo Omar Dan Wak Doyok Sakan Promote [VIDEO]
- PH terasa bahang tulisan Hadi kerana dikelilingi pemberi rasuah – Zuhdi
- Sudah label macam-macam, boleh ke Pas bekerjasama dengan UMNO? – Asyraf
- Hanya UMNO boleh dedahkan kerosakan dilakukan Mahathir pada Malaysia
- Najib fail semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan
- Perak negeri pertama beri lesen memandu percuma
- Mak Jenny dengan rezeki RM5 juta
- Penduduk cemas Kampung Iboi dilanda kepala air
- Zaid bidas Tommy Thomas
- Ustazah Asma Tegur Influencer Jalinkan Hubungan Dengan Pasangan Beza Agama
- Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah (Video)
- ‘Terima kasih… tapi pisau itu masih berdarah’, Shabery sindir PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.