Media bebas melapor, tapi mesti sebar maklumat sahih – Ismail
Media bebas melapor, tapi mesti sebar maklumat sahih – Ismail
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan kepada pengamal media di dalam negara bahawa mereka bebas melaporkan sebarang berita, namun ia mesti bersandarkan fakta yang benar dan sahih.
Dalam hal ini, perdana menteri berkata sebagai penyebar maklumat, beliau yakin setiap media sedar mengenai batasan dan tanggungjawab mereka.
“Yang saya tahu, media mesti bertanggungjawab iaitu menceritakan perkara yang sebenar, memberikan informasi yang sebenar.
“Jika memberikan informasi yang sebenar, pasti tidak akan ada bantahan dan kekangan daripada kerajaan tentang bagaimana berita tersebut nak disampaikan,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan ke Media Prima di Sri Pentas, di sini.
Terdahulu beliau ditemu bual oleh penyampai saluran radio Hot FM, 8FM, dan Molek FM. Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut percaya jaminan kerajaan terhadap kebebasan media diterjemah melalui tindakan kerajaan.
“Jika ada yang lebih dari sepatutnya atau dibenarkan, pasti kerajaan akan menegurnya.
“Setakat ini tak ada media yang ditutup atau ditarik lesen sebagainya, itu maknanya kerajaan memberikan kebebasan kepada media,” katanya.
Menyifatkan peranan media arus perdana amat penting dalam menyebar maklumat sebenar, perdana menteri turut berharap orang ramai agar tidak hanya bergantung kepada media sosial untuk mendapatkan maklumat.
“Seperti kita tahu hari ini, pelbagai informasi yang tidak tepat, informasi yang diselewengkan yang menyebabkan rakyat terkeliru.
“Jadi, sebab itulah bagi saya penting media arus perdana seperti TV3 dan media cetak yang ada pada hari ini memberikan informasi sebenar, tidak mengelirukan,” katanya. MG
Media bebas melapor, tapi mesti sebar maklumat sahih – Ismail
Baca Artikel Menarik:
- Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok berentap dalam GV9
- OctaFX Disenarai Amaran Dari Bank Negara, Aliff Syukri, Fizo Omar Dan Wak Doyok Sakan Promote [VIDEO]
- PH terasa bahang tulisan Hadi kerana dikelilingi pemberi rasuah – Zuhdi
- Sudah label macam-macam, boleh ke Pas bekerjasama dengan UMNO? – Asyraf
- Hanya UMNO boleh dedahkan kerosakan dilakukan Mahathir pada Malaysia
- Najib fail semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan
- Perak negeri pertama beri lesen memandu percuma
- Mak Jenny dengan rezeki RM5 juta
- Penduduk cemas Kampung Iboi dilanda kepala air
- Zaid bidas Tommy Thomas
- Ustazah Asma Tegur Influencer Jalinkan Hubungan Dengan Pasangan Beza Agama
- Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah (Video)
- ‘Terima kasih… tapi pisau itu masih berdarah’, Shabery sindir PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?