Lagi kes polis tembak polis di Indonesia

Lagi kes polis tembak polis di Indonesia

LAMPUNG: Seorang anggota polis maut ditembak di bahagian dada oleh rakan seanggota di rumahnya di Kampung Karang Endah, Lampung Tengah.

Lebih menyayat hati, Ahmada Karnain ditembak di depan isteri dan dua anaknya, lapor Kompas.com.

Ketua Polis Lampung Tengah, Doffie Fahlevi Sanjaya berkata, sebelum kejadian, mangsa menerima panggilan video daripada isterinya yang mengatakan dia demam dan meminta suaminya pulang ke rumah.

Katanya, rakan sekerjanya, Rudi Suryanto ketika itu sedang bertugas di Pusat Perkhidmatan Integrasi Polis Way Pengubuan.

Jelasnya, semasa perjalanan pulang ke rumah, Rudi datang menyinggah ke rumah mangsa terlebih dahulu.

“Ahmada sempat mempelawa Rudi duduk di ruang tamu sebelum suspek mengeluarkan sepucuk pistol revolver dan menembak mangsa di bahagian dada.

“Isteri mangsa menjerit meminta pertolongan selepas melihat suaminya rebah ke lantai.

“Kita sudah menahan suspek di ibu pejabat Polis Lampung Tengah dan akan memastikan keadilan dapat ditegakkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Perhubungan Awam Polis Lampung, Zahwani Pandra Arsyad berkata, suspek akan didakwa berdasarkan Artikel 338 Undang-Undang Jenayah yang memperuntukkan hukuman penjara 15 tahun.

Katanya, siasatan awal menadapati suspek menembak mangsa kerana dendam selepas mangsa didakwa sering memperlekehkannya. Utusan

Lagi kes polis tembak polis di Indonesia


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker