Jho Low guna isteri untuk buka akaun bank, sertai kelab kapal layar
Jho Low guna isteri untuk buka akaun bank, sertai kelab kapal layar
Jho Low tetap dapat memindahkan wang dan menikmati kehidupan mewah pada 2018 disebabkan bantuan isterinya, walaupun ahli perniagaan itu diburu penyiasat di seluruh dunia.
Perkara itu dinyatakan wartawan Tom Wright dan Bradley Hope dalam klip video terbaru mereka yang membincangkan mengenai keberadaan Jho Low.
Siasatan kedua-duanya mendapati Jesselynn Chuan Teik Ying memohon untuk menyertai Kelab Kapal Layar Diraja Hong Kong pada 2018.
Dakwa mereka, ia berlaku selepas rampasan kapal The Equanimity di Bali, Indonesia.
Justeru, mereka membuat spekulasi, Jho Low mencari kapal layar baru di pasaran dan oleh itu perlu mencari tempat berlabuh.
Borang permohonan Chuan itu dilihat kedua-dua mereka dan ditunjukkan dalam rakaman berkenaan, dengan mengatakan dia bekerja di sebuah firma yang dikenali sebagai Kinetic Profit Company Ltd.
Kedua-dua mereka berkata siasatan lanjut mendapati syarikat itu mempunyai sebuah anak syarikat di Shanghai yang menenaraikan Low Taek Howe sebagai penyelia.
“Lebih dikenali sebagai ‘Howie’, itu adalah sepupu Jho Low. Dia adalah ahli penting kumpulan (Jho Low). Sehingga hari ini dia adalah salah seorang lelaki yang kekal bersama Jho Low selepas semua perkara buruk berlaku dengan siasatan di seluruh dunia,” kata Hope.
Selain permohonan kelab kapal layar, Wright dan Hope mendakwa Chuan juga digunakan oleh Jho Low untuk membuka akaun bank.
Chuan mengendalikan akaun bank dengan dua bank antarabangsa walaupun penyiasat daripada pelbagai bidang kuasa memburu Jho Low.
Tidak seperti permohonan kelab kapal layar, Wright dan Hope tidak memberikan bukti berdokumen mengenao akaun bank Chuan.
“Sungguh mengejutkan bahawa ia semudah menggunakan nama isteri anda untuk mendapatkan akses kepada sistem perbankan global. Di sini kita ada salah seorang penjenayah kewangan yang paling terkenal di dunia, yang ditelah dituduh, dan akan disenarai hitam serta-merta jika dia datang ke bank.
“Namun dia boleh menggunakan orang seperti isterinya sendiri untuk membuka akaun bank dan memindahkan wang ke seluruh dunia,” kata Hope.
Kedua-dua mereka mendakwa bahawa kebanyakan pembayaran yang ditemui digunakan untuk membayar bil perundangan Jho Low di seluruh dunia.
Tidak seperti kekasih Jho Low yang lain seperti – Paris Hilton, Elva Hsiao dan Miranda Kerr – tidak banyak yang diketahui mengenai Chuan.
Menurut buku Wright dan Hope bertajuk “Billion Dollar Whale”, hubungan Chuan dan Jho Low bermula di Pulau Pinang di mana tempat mereka berdua berasal.
Buku itu mendakwa Chuan melahirkan dua anak lelaki kepada Jho Low.
Chuan disifatkan sebagai teman wanita Jho Low sejak awal penglibatannya dalam urusan 1MDB. Mereka akhirnya berkahwin tetapi bukan sebelum hubungan Jho Low dan beberapa selebriti diketahui.
Selain Chuan, Wright dan Hope mendakwa beberapa tokoh penting dalam kisah Jho Low kekal sebagai sebahagian “kumpulannya” sehingga hari ini.
Mereka ialah warganegara Malaysia, Eric Tan Kim Loong, Casey Tang Keng Chee, Nik Faisal Ariff Kamil dan warga AS, Catherine Tan.
Wright dan Hope kini menjalankan kempen “crowdsourcing” dengan harapan untuk mengesan lokasi Jho Low berikutan pemenjaraan bekas perdana menteri, Najib Razak. Mk
Jho Low guna isteri untuk buka akaun bank, sertai kelab kapal layar
Baca Artikel Menarik:
- Jaclyn Victor, Shila Amzah, Tomok berentap dalam GV9
- OctaFX Disenarai Amaran Dari Bank Negara, Aliff Syukri, Fizo Omar Dan Wak Doyok Sakan Promote [VIDEO]
- PH terasa bahang tulisan Hadi kerana dikelilingi pemberi rasuah – Zuhdi
- Sudah label macam-macam, boleh ke Pas bekerjasama dengan UMNO? – Asyraf
- Hanya UMNO boleh dedahkan kerosakan dilakukan Mahathir pada Malaysia
- Najib fail semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan
- Perak negeri pertama beri lesen memandu percuma
- Mak Jenny dengan rezeki RM5 juta
- Penduduk cemas Kampung Iboi dilanda kepala air
- Zaid bidas Tommy Thomas
- Ustazah Asma Tegur Influencer Jalinkan Hubungan Dengan Pasangan Beza Agama
- Bapa Pengantin Meninggal 3 Jam Sebelum Nikah (Video)
- ‘Terima kasih… tapi pisau itu masih berdarah’, Shabery sindir PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.