Ini cara kita kira inflasi – Tengku Zafrul

Ini cara kita kira inflasi – Tengku Zafrul

Terdapat 552 kumpulan barangan dan perkhidmatan yang diukur oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Indeks Harga Pengguna (IHP).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, IHP akan mengukur perubahan harga bulanan bagi bakul tetap barangan dan perkhidmatan.



Beliau berkata, bakul itu menggambarkan perbelanjaan dan purata keluarga di dalam negara dengan barang yang dibandingkan adalah tetap.

“Kalau ayam, banding dengan ayam. Dia tak tukar-tukar, harga ayam tak banding dengan harga ikan.

“DOSM banding harga bukan setakat kedai sebelah rumah. Harga dikumpul di 21,800 saluran runcit seluruh negara.

“Jadi bukan setakat banding di satu atau dua lokasi sahaja. Ada banyak lokasi di seluruh Malaysia dari Perlis sampailah ke Sabah dan Sarawak.



“Yang pungut harga pun bukan seorang dua, 1,100 orang anggota DOSM buat kerja tiap-tiap bulan,” katanya menerusi perkongsian video di Facebook (FB) miliknya.

Menurut Tengku Zafrul, terdapat 12 kumpulan utama IHP dan setiap satu (kumpulan) ada pemberatnya.

“Sebagai contoh, makanan dan minuman bukan alkohol pemberatnya 29.5 peratus maksudnya satu keluarga biasanya belanjakan dalam 30 peratus pendapatan untuk makanan dan minuman.

“Kalau ayam naik harga lima peratus, kasut kerja naik harga 10 peratus kita tak boleh kira 10 campur lima bahagi dua jadi inflasi 7.5 peratus sebab kita lebih banyak dan lebih kerap belanja untuk beli ayam dari beli kasut kerja.



“Jadi perlu ada pemberat untuk menunjukkan komponen mana lebih banyak dibelanjakan kerana komponen ini akan lebih beri impak kepada poket kita,” katanya.

Katanya, pengiraan DOSM sangat terperinci dan turut mengira inflasi termasuk untuk hidangan nasi ayam.

Katanya, DOSM mengira perubahan harga setiap komponen dalam nasi ayam daripada beras, ayam, salad, cili, timun sampailah ke kicap.

“Kalau ikut pengiraan DOSM, walaupun ada kenaikan harga bahan mentah, harga purata nasi ayam sepatutnya tak lebih daripada RM7.



“Adakah pengiraan ini sempurna? Tidak. Ini cuma harga purata.

“Harga di Kuala Lumpur (KL) mungkin naik lebih tinggi berbanding di luar bandar. Jadi harga nasi ayam Mak Mah di KL mungkin naik banyak tapi nasi ayam Mak Ros di luar bandar mungkin tak naik setinggi itu.

“Komponen untung juga berbeza. Mak Mah mungkin ambil untung lebih berbanding Mak Ros, jadi harga nasi ayam pun berbeza juga,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, inflasi di Malaysia juga lebih rendah berbanding negara lain kerana adanya pemberian subsidi.



“Saya bagi contoh. Kalau tengok pada pengangkutan, secara purata satu keluarga belanja hampir 15 peratus pendapatan untuk pengangkutan.

“Bila kita ada subsidi untuk RON95, bagi yang guna kereta pergi kerja, maka inflasi untuk RON95 jadi kosong peratus sebab harga sudah ditetapkan pada RM2.05 seliter. “Dua bulan lepas RM2.05, bulan lepas RM2.05, bulan ni pun RM2.05. Tidak ada kenaikan harga kerana RON95 disubsidi oleh kerajaan.

“Kalau tengok pada harga pasaran, sebenarnya RM3.55 seliter. Ini bermakna setiap liter yang kita isi, kerajaan tampung sebanyak RM1.50 dan harga ini dikekalkan kerana kerajaan naikkan subsidi sehingga RM31 bilion setahun untuk maintain (kekalkan) harga pada kadar RM2.05 seliter,” katanya.

Jelasnya, subsidi bukan untuk RON95 sahaja tetapi banyak lagi seperti gas memasak, minyak masak, ayam, telur ayam hingga ke bekalan elektrik.



“Untuk tahun ini sahaja subsidi dijangka mencecah RM80 bilion berbanding tahun lalu hanya RM16 bilion.

“Tapi kerana kita beri subsidi yang sangat besar inilah maka kadar inflasi tidak terlalu tinggi berbanding banyak negara lain,” katanya. HM

Ini cara kita kira inflasi – Tengku Zafrul


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker