13 kampung, taman terjejas banjir kali ketiga di Baling sejak Julai

13 kampung, taman terjejas banjir kali ketiga di Baling sejak Julai

BALING: Sebanyak 13 buah perkampungan dan perumahan yang melibatkan 74 unit rumah dikenal pasti terjejas akibat banjir kali ketiga sejak Julai lalu di Mukim Kupang dan berhampiran Pekan Baling sejak petang semalam.

Antara kawasan terlibat ialah Kampung Iboi; Kampung Bendang Bechah; Kampung Hangus; Kampung Bendang Padang; Kampung Tok Saba; Kampung Masjid Iboi; Kampung Lata Chelak dan Kampung Tanjung Nering.



Selain itu, Taman Bayu Sejahtera, Kampung Sungai Batu, Taman Bayu Indah 1, Taman Bayu Indah 2 dan Taman Bayu Permai yang terletak berhampiran sungai turut dilaporkan dinaiki air akibat banjir terbabit.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, tiada sebarang mangsa dipindahkan di lima kawasan itu dengan air di Taman Bayu Sejahtera surut sepenuhnya sekitar pukul 10 malam tadi.

“Terdapat dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu di Kampung Padang Empang dan Masjid Al Huda, Kampung Hangus yang menempatkan 37 keluarga dan mangsa berjumlah 130 orang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.

“Hujan berhenti pada pukul 6 petang semalam dan banjir telah mulai surut namun anggota polis dan agensi terlibat masih membuat pemantauan dan kawalan termasuk di PPS yang dibuka,” katanya di sini, hari ini. Utusan



13 kampung, taman terjejas banjir kali ketiga di Baling sejak Julai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)



Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker