Pemandu langgar lari pegawai imigresen serah diri


Kereta yang disyaki terlibat dalam kejadian langgar lari pegawai imigresen di KM83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun pada pagi semalam.

SUNGAI PETANI – Pemandu kereta Proton Wira Aeroback yang disyaki merempuh motosikal ditunggangi pegawai imigresen sehingga maut dalam kejadian langgar lari di Kilometer 83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun pada pagi semalam ditahan polis pada petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, lelaki warga Indonesia berusia 27 tahun itu ditahan pada pukul 6.30 petang selepas dia menyerah diri di Pejabat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Kuala Muda.

Katanya, pemandu yang menetap di Taman Sri Gading, Pokok Sena dekat Alor Setar itu mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan melarikan diri kerana takut dipukul.

“Suspek juga berkata dia turut melarikan diri kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah.

“Pemandu terbabit yang bekerja sebagai buruh memaklumkan dia memandu kereta milik abang iparnya semasa kejadian dan melarikan diri balik ke Pokok Sena sejurus kejadian,” katanya di sini hari ini.

Kata Zaidy, pihaknya kini sedang menyiapkan dokumen untuk memohon perintah tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Majistret Sungai Petani esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Nizam Samsudin, 46, yang bertugas sebagai Timbalan Pengarah Imigresen di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Sementara rakannya, Zaili Nizam Muhammad, 43, dan bertugas sebagai Timbalan Pengarah Kanan Imigresen di depot imigresen sama patah kaki dan kini menerima rawatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki KLE650 masing-masing.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan yang tidak diketahui melanggar bahagian belakang motosikal ditunggangi Muhammad Nizam di lorong kiri menyebabkannya hilang kawalan dan terbabas ke lorong kecemasan.

Pada masa sama, motosikal ditunggangi seorang lagi mangsa yang sedang bergerak di lorong kecemasan tidak sempat mengelak dan terlanggar motosikal ditunggangi rakannya yang terjatuh di lorong kecemasan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker