Peja pilih calon tak boleh menang – Hafiz

Peja pilih calon tak boleh menang – Hafiz

Pemilihan calon-calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan dipersoalkan kerana sebahagian besar daripada mereka dikatakan tidak berpotensi untuk menang.

Calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Mohammed Hafiz Baharuddin berkata, bukan rahsia lagi ramai dalam PN kecewa dengan pemilihan yang dibuat oleh Pengerusi PN Negeri Sembilan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.



Menurut beliau, tindakan meletakkan calon-calon yang tidak kompeten dianggap seolah-olah mengkhianati semangat rakyat di negeri ini yang mahu perubahan.

“Calon-calon PN di Negeri Sembilan amat teruk, ada beberapa calon yang tua lebih 70 tahun, ada calon yang menipu pengalaman kerja, ada calon terkait penipuan sijil pengajian dan sebagainya.

“Sebenarnya dalam PN Negeri Sembilan mempunyai ramai barisan calon yang lebih berkelayakan dan hebat tetapi tidak diketengahkan dan kita percaya ada usaha dalam menjual kerusi untuk memastikan PN kalah dalam PRN kali ini,” dakwanya pada sidang media di Sikamat, di sini, hari ini.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, Mohammed Hafiz yang juga dikenali sebagai Tok Merah membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di kerusi DUN Sikamat.



Beliau dan calon PN, Ahmad Raihan Muhamad Hilal serta seorang lagi calon Bebas, Bujang Abu mencabar Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang menyandang kerusi tersebut selama tiga penggal.

Mohammed Hafiz yang mendakwa dirinya masih lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memberitahu, kira-kira 95 peratus daripada nama-nama dalam senarai calon PN di Negeri Sembilan telah berubah.

Beliau menambah, pada mulanya, namanya merupakan salah seorang daripada dua calon yang disebut-sebut mewakili PN di DUN Sikamat.

“Namun, pada pagi hari penamaan calon, nama saya telah ditolak.



“Kita berkhidmat sudah lama tetapi yang jadi calon mereka yang tak ada gerak kerja,” jelasnya.

Mohammed Hafiz berkata, beliau menawarkan diri untuk bertanding dengan matlamat untuk menyelamatkan orang Melayu dan menegakkan integriti khususnya di Negeri Sembilan.

“Sememangnya majoriti yang hendak perubahan kecewa atas pencalonan yang teruk oleh PN tetapi itu bukan alasan untuk tidak keluar mengundi atau mengundi Pakatan Harapan (PH),” katanya. MG

Peja pilih calon tak boleh menang – Hafiz



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker