Lekuk pada bahagian atas kepala petanda bayi kurang air, pakar ini kongsi 8 simptom lain

Lekuk pada bahagian atas kepala petanda bayi kurang air, pakar ini kongsi 8 simptom lain

GOLONGAN yang baru sahaja bergelar ibu perlu peka terhadap kesihatan bayi.

SETIAP PERILAKU ATAU PERUBAHAN YANG DITONJOLKAN SI KECIL MERUPAKAN PETANDA SAMA ADA MEREKA SIHAT ATAUPUN TIDAK.

Bagi bayi yang alami sakit perut, mudah untuk si ibu mengenal pasti sebarang permasalahan, tetapi bagaimana pula sekiranya si comel berhadapan dengan penyahhidratan?

Perkara tersebut perlu diberi penekanan kerana si kecil tidak mampu mengungkapkan kata-kata seperti mahu minum.

Menurut Healthline, walaupun anak kita sentiasa dilihat ëmelekatí bersama botol susu, itu bukan petanda bahawa tubuh badan mereka cukup air.

Jelas laman perubatan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu lagi, masalah kekurangan air juga boleh berlaku kepada bayi sama seperti orang dewasa.

Hal berkenaan disebabkan bayi yang telah kehilangan begitu banyak air, tidak dapat minum susu dengan segera untuk menggantikannya semula.

Merujuk perkongsian Pakar Pediatrik dan pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia, Dr Husna Musa, mengenai gejala yang bakal anak-anak alami sekiranya kekurangan air.

Beritahu Dr Husna, penyahhidratan dalam kalangan bayi amat berbahaya.

Justeru, beliau telah menyenaraikan beberapa simptom yang bakal si kecil alami. Berikut antara saranan yang diketengahkan:

1.Bayi mengalami lekukan pada bahagian atas kepala.
2.Lekukan pada mata.
3.Bayi menangis, tetapi tiada air mata yang keluar.
4.Kulit, mulut dan lidah bayi menjadi kering.
5.Ketegangan kulit menjadi lemah apabila bahagian perut dicubit, ia mengambil masa untuk kembali kepada asal.
6.Bayi kelihatan kurang aktif, gelisah dan mudah marah.
7.Pengeluaran air kencing berkurang, lampin tidak basah dalam tempoh enam ke lapan jam.
8.Air kencing menjadi warna kuning gelap.
9.Muntah dan cirit birit.

Sehubungan itu, Dr Husna mengingatkan ibu bapa untuk segera membawa anak berjumpa doktor sekiranya mereka alami tanda-tanda berkenaan.

Justeru, menjadi individu yang dipertanggungjawabkan membesarkan anak-anak bukanlah perkara yang mudah, tetapi lumrah bergelar mak ayah, harus sentiasa cakna dengan kesihatan anak.

Perubahan kecil kadangkala memberi implikasi cukup besar.

Lekuk pada bahagian atas kepala petanda bayi kurang air, pakar ini kongsi 8 simptom lain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)

Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker