Pembunuhan Zayn Rayyan: Polis sudah rakam keterangan 5 individu

Polis sudah merakam percakapan lima individu termasuk ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak autisme itu.

Difahamkan, selain ibu bapanya, lelaki yang menemukan mayat Zayn antara yang turut dirakam keterangan, menurut Berita Harian.

Seterusnya, polis akan memanggil beberapa jiran dan pihak sekolah Zayn untuk membantu siasatan, kata Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan.



Menjawab pertanyaan pemberita, Hussein berkata polis turut menyiasat kemungkinan mangsa mengenali suspek kes itu.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain berkata Zayn, 6, yang ditemukan tidak bernyawa berdekatan sebatang anak sungai di Damansara Damai dipercayai meninggal dunia di tempat lain.

Polis merumuskan mayat kanak-kanak itu diletakkan di tempat ia ditemui, berdasarkan siasatan setakat ini. Berdasarkan bedah siasat pula, polis berkata Zayn kemungkinan sudah meninggal dunia selama 48 jam.

Polis percaya suspek tahu kawasan itu, memandangkan tempat di mana Zayn ditemui bukan laluan harian orang ramai.



Zayn dilaporkan hilang sejak Selasa dan ditemui pada 10 malam, Rabu.

Peristiwa ini dikelaskan semula sebagai kes bunuh susulan bedah siasat, dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bila-bila masa bom jangka boleh meletup

Padu teguran David Teo kepada BCL



Kim Jong-un menangis rayu kaum wanita lahirkan anak

Minta maaf atau disaman, Syura Badron dah tak tahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker