Kapal angkasa hentam asteroid

Kapal angkasa hentam asteroid

Houston: Kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) berjaya menghentam sebuah asteroid pada malam Isnin dalam usaha menyelamatkan Bumi satu hari nanti, lapor Agensi Anadolu.

Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (Dart) disiarkan secara langsung oleh agensi angkasa lepas Amerika Syarikat (AS) untuk menunjukkan kepada dunia ujian pertahanan planet sekiranya bumi berdepan ancaman pelanggaran asteroid pada masa hadapan.



Pelanggaran dua objek yang disengajakan itu adalah hasil tujuh tahun penelitian, Nasa membuat penyelidikan sama ada pertembungan kapal angkasa dengan asteroid secara manual mampu memesongkan trajektorinya bagi mengelakkan bencana kepada bumi.

“Wah, itu menakjubkan, bukan?” kata Ketua Saintis Dart, Nancy Chabot sejurus selepas kapal angkasa itu berjaya menghentam asteroid terbabit.

Misi Dart dilancarkan November lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.

Pada malam Isnin, sebuah kapal angkasa dihantar ke angkasa lepas dan mensasarkan asteroid yang dipanggil Dimorphos iaitu 6.5 juta batu (10.5 juta kilometer) dari Bumi.



Kapal angkasa itu berjaya menghentam asteroid pada kelajuan 15,000 batu sejam (24,140 km sejam) dan kesan kosmik itu berjaya dirakam kamera khas dari probe angkasa Itali.

“Ini adalah demonstrasi teknologi yang sangat sukar membabitkan asteroid kecil, kami tidak pernah lihat kejadian seperti itu sebelum ini, dan melakukannya dengan cara yang begitu hebat,” kata Chabot.

Nasa memaklumkan matlamatnya bukan untuk memusnahkan asteroid tetapi untuk melihat sama ada laluan asteroid mampu dipesongkan secara manual supaya tidak menghentam Bumi.

Saintis merekodkan data daripada kesan rakaman teleskop untuk melihat perbezaan dan kesan terhadap trajektori asteroid.



Menurut Nasa, setakat ini, tiada asteroid yang diketahui lebih besar daripada 450 kaki (137 meter) mempunyai peluang besar menghentam Bumi dalam tempoh 100 tahun akan datang. HM

Kapal angkasa hentam asteroid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)

Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah



Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker