Pulangkan telefon bimbit Rafizi – Anwar

Pulangkan telefon bimbit Rafizi – Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang memberi maklum balas dan penafian terhadap kenyataannya berhubung tindakan polis terhadap timbalannya, Rafizi Ramli yang dilihat sebagai satu bentuk intimidasi.

Bagaimanapun, tegas Anwar, seandainya itu bukan intimidasi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) seharusnya memulangkan telefon bimbit Rafizi selain siasatan seharusnya dijalankan terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

“Isu dia apa? Isu dia adalah rasuah… LCS (kapal tempur pesisir). SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) mesti ambil tindakan.

“Yang keduanya menyentuh tentang Menteri (Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad) patut tanya Latiflah… penjelasan dia, penyalahgunaan kuasa atau tidak dan bukan untuk menekan terhadap orang yang memberikan pandangan,” katanya kepada wartawan ketika ditemui selepas menyampaikan ucapan penutup Ketua Pembangkang Simposium Perubahan Iklim 2022, di sini, hari ini.

Semalam, Acryl Sani menafikan tindakan pihak polis mengambil telefon bimbit Rafizi sebagai tindakan intimidasi, sebaliknya, merupakan sebahagian daripada proses siasatan.

Kata Acryl Sani, sebuah telefon bimbit bersama kad sim dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran yang disiasat telah diambil dan disimpan oleh pihak polis bagi proses analisis forensik digital.

Tindakan tersebut, jelas beliau, sebahagian daripada proses siasatan bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) bagi membolehkan analisis forensik digital dijalankan. Awani

Pulangkan telefon bimbit Rafizi – Anwar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker