Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas
Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas
Kerusi Parlimen Seremban akan menyaksikan persaingan sengit dan menarik sekiranya Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Penyandangnya yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyatakan kesediaan berdepan apa juga kemungkinan dan tidak gentar berdepan cabaran dalam perjuangan politik.
“Menjadi hak demokrasi masing-masing untuk bertanding di mana-mana kawasan.
“KJ (Khairy) adalah tokoh politik yang berkaliber dan sudah tentu menjadi ‘opponent’ (pencabar) yang kuat di mana sahaja beliau bertanding.
“Sekiranya benar beliau bertanding di Parlimen Seremban, maka persaingan ini pasti sengit dan akan menjadi antara kerusi paling ‘panas’ dalam PRU-15,” katanya dalam catatan di Facebook rasminya, hari ini.
Menyatakan kesediaan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban pada PRU-15, Loke yakin untuk menyaingi Khairy atau sesiapa pun yang dicalonkan pihak lawan.
“Biarlah rakyat dan pengundi di Parlimen Seremban menilai dan memutuskan sama ada saya terus layak mewakili kepentingan dan suara mereka di Dewan Rakyat,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Pemuda UMNO bahagian Seremban, Zool Amali Hussin, dilaporkan berkata, Khairy wajar bertanding bagi kerusi Parlimen Seremban dan berharap kepemimpinan tertinggi UMNO melihat cadangan berkenaan secara positif.
Cadangan itu berbangkit selepas Khairy dikatakan terpaksa memberi laluan kepada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan, bertanding di Parlimen Rembau.
Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau, mengesahkan diarah mengosongkan kerusi berkenaan oleh Mohamad yang mahu bertanding di Parlimen Rembau, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004. BH
Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas
Baca Artikel Menarik:
- Wakil Pemuda tegur pemimpin PAS kurang kritik Bersatu, jujurlah dengan UMNO
- Tubuh jawatankuasa khas siasat surat percepatkan perbicaraan Zahid – Shaiful
- Tahap sokongan kaum Cina: BN mengatasi PH
- Denda tinggi umpama ‘hukuman mati’ untuk keluarga Najib
- PRU-15 bapa segala pilihan raya
- Kalau Tok Mat ni, dah ok jalan rumah saya – Dayangku Intan
- Rundingan 27 kerusi Parlimen hidupkan semangat MN – Khairuddin
- Umno tak jadi kerajaan tanpa ‘pengorbanan’ Bersatu kenyataan songsang – Isham
- Eyka Farhana semakin berani berpakaian seksi
- Anna Jobling bakal berhijrah ke Indonesia?
- Cikgu potong rambut, bersih kepala pelajar dipenuhi kutu hidup [VIDEO]
- Pas beri UMNO 30 hari
- Ini luahan isi hati Peguam Rosmah selepas anak guam dijatuhkan hukum
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3
Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin
You must be logged in to post a comment.