Belum muktamad tanding 80 kerusi Parlimen pada PRU15 – Tuan Ibrahim

Belum muktamad tanding 80 kerusi Parlimen pada PRU15 – Tuan Ibrahim

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man tampil menjelaskan parti itu hanya memantau 80 kerusi Parlimen yang berpotensi dimenanginya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), ia bukannya jumlah kerusi yang akan ditandingi mereka.

Ini kerana, katanya, Perikatan Nasional (PN) belum membuat keputusan berhubung pembahagian kerusi bagi PRU15.



“Itu bukan jumlah kerusi kita akan bertanding, itu kerusi yang kita pantau, jumlah kerusi kita akan bincang di peringkat parti,” katanya selepas menghadiri Simposium Perubahan Iklim di Bangunan Parlimen.

Beliau berkata, setiap parti akan membuat pemantauan ke atas kerusi yang dirasakan boleh dimenangi mereka terlebih dahulu.

Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, parti itu menyasarkan untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU15, sekali ganda berbanding 40 kerusi yang ditandinginya pada PRU14.

Beliau berkata, pihaknya sedang menganalisis kawasan yang mencapai indeks prestasi utama (KPI) untuk dimasukkan dalam senarai 80 kerusi Parlimen itu.



Katanya, kawasan yang tidak mencapai KPI akan digugurkan dan digantikan kawasan lain yang mempunyai peningkatan prestasi baik, dari segi persiapan jentera mahupun keperluan lain, untuk menghadapi PRU15, dengan sasaran PAS memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen. FMT

Belum muktamad tanding 80 kerusi Parlimen pada PRU15 – Tuan Ibrahim


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir



Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker