Perjanjian PN itu ‘cerita lama’ – Ismail

Perjanjian PN itu ‘cerita lama’ – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menegaskan perjanjian dengan Perikatan Nasional (PN) yang dibocorkan, baru-baru ini, sebagai “cerita lama”.

“Itu dah lama, bukan cerita baru,” katanya ketika menjawab soalan pemberita mengenai perjanjian beliau dengan PN, di M Resort & Hotel Kuala Lumpur, Bukit Kiara.



Terdahulu, bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Lokman Noor Adam, mendedahkan maklumat yang didakwanya mengandungi perkara disunting daripada surat itu menerusi sebuah video di Facebook.

Dakwanya, dalam surat itu, Ismail bersetuju mengekalkan Idrus Harun sebagai peguam negara. Idrus dilantik sebagai peguam negara apabila Muhyiddin menjadi perdana menteri kelapan.

Menurut Lokman, Ismail juga didakwa berjanji akan mengekalkan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi GLC dari Bersatu dan PAS.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin turut menepis pertanyaan mengenai kesahihan perjanjian didakwa antara Ismail dan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang dibocorkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin.



Menurut dokumen dibocorkan itu, perdana menteri didakwa bersetuju menyegerakan kes bekas perdana menteri, Najib Razak dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah.

Salinan surat itu tersebar pada Julai yang mengandungi 10 perkara, namun perkara 7, 8, dan 9 telah disunting. FMT

Perjanjian PN itu ‘cerita lama’ – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker