Hadi akan jawab di mahkamah

Hadi akan jawab di mahkamah

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan beliau akan menjawab segala persoalan berbangkit berhubung kenyataan kontroversinya yang didakwa berbaur perkauman berkaitan isu rasuah di mahkamah.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk dipanggil semula jika diminta pihak polis untuk membantu siasatan lanjut.



“Saya dah dipanggil ke Bukit Aman dan disoal dan (saya) sudah jawab soalan, selanjutnya saya akan jawab di mahkamah.

“Kalau dipanggil (polis) saya pergi lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-68.

Penjelasan itu pertama kali dibuat Hadi selepas kenyataannya pada 20 Ogos lalu yang mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera adalah kumpulan majoriti perosak politik dan ekonomi negara.

Dakwaan itu kemudian mencetuskan polemik antara pelbagai pihak yang menyaksikan 28 laporan dibuat terhadapnya dan polis sudah mengambil keterangan Ahli Parlimen Marang itu baru-baru ini.



Kes itu disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian.

Lambang bulan

Mengenai permintaan beberapa negeri mahu menggunakan lambang bulan pada PRU15, Hadi berkata, perkara itu akan dibincang dan ditentukan dalam muktamar.

“Kita masih mendengar pandangan akar umbi kerana ada yang mahu simbol lama, ada yang mahu supaya simbol baharu, ada yang timbulkan isu warna dan sebagainya, jadi kita akan dengar di muktamar. Muktamar akan (putuskan).”



Kelmarin, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Sanusi Md Nor berkata, ramai pengundi dan penyokong parti itu alergi terhadap warna biru Perikatan Nasional (PN), yang disifatkan “bayang-bayang” warna biru tua Barisan Nasional.

Katanya, tindakan memperbetulkan keadaan itu perlu diambil dengan kembali mempertimbangkan penggunaan logo bulan PAS pada PRU15 yang lebih “serasi” dengan pengundi parti itu, khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah yang ditadbirnya. FMT

Hadi akan jawab di mahkamah


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Benarkah Iskandar Zulqarnain adalah Alexander The Great? Bhg 3

Soo Wincci rasa tenang masuk masjid



Kehilangan pasangan hidup selepas 19 hari berkahwin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker