Warga emas maut ketika mendaki

Warga emas maut ketika mendaki

KULAI: Seorang warga emas lelaki dilaporkan maut ketika mendaki Gunung Pulai di Jalan Semangat, Kampung Sri Gunung Pulai di sini, tengah hari tadi.

Mangsa dikenali sebagai Chua Kok Wah,62, dilaporkan pengsan pada ketinggian 3.3 kilometer dari kaki gunung sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Bakhtiar Selamat, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Johor menerima panggilan kecemasan bagi menyelamatkan mangsa pada jam 10.11 pagi sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota dihantar ke lokasi kejadian.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, kita dapati seorang mangsa pengsan di gunung itu ketika menjalankan aktiviti mendaki.

“Difahamkan, mangsa melakukan aktiviti mendaki gunung bersama kira-kira 10 rakan lain dan secara tiba-tiba rebah serta tidak sedarkan diri.

“Rakan mangsa mula panik dan memberikan pertolongan cemas, namun mangsa masih tidak sedarkan diri. Mereka kemudian menahan sebuah pacuan empat roda yang melalui kawasan itu untuk membawa mangsa turun ke pondok pengawal,” katanya.

Beliau berkata, PKO kemudian membuat pemeriksaan ke atas mangsa yang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.34 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow mengesahkan kejadian membabitkan mangsa yang mengalami sesak nafas dan pengsan ketika mendaki pada jarak 3.3 kilometer. BH

Warga emas maut ketika mendaki


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker