Warga emas maut diberi minum cecair pencuci pinggan

WASHINGTON – Seorang wanita warga emas di sebuah rumah jagaan di Amerika Syarikat meninggal dunia selepas diberi minum cecair pencuci pinggan dan bukannya jus, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Wanita itu adalah salah seorang daripada tiga penghuni di Atria Park Senior Living Facility di San Mateo, California yang dikejarkan ke hospital selepas kakitangan tersilap memberi mereka minum cecair toksik, demikian menurut saluran televisyen KRON-TV.

Anak perempuan mangsa, Marcia Cutchin mengenal pasti ibunya, Gertrude Elizabeth Murison Maxwell sebagai mangsa dalam kejadian malang itu.



Cutchin berkata, pengurusan rumah penjagaan itu memberitahu keluarganya bahawa cecair yang diberikan kepada ibunya adalah ‘larutan pembersih alkali yang memusnahkan protein’.

Apabila Maxwell tiba di hospital, dia dilaporkan mengalami lepuh teruk pada mulut dan esofagusnya.

Maxwell dikatakan mengalami demensia dan tidak mampu untuk memegang cawan mengandungi cecair beracun itu dan mengangkat ke bibirnya sendiri.

“Untuk ramai orang seperti ibu saya, anda perlu memegang cawan ke mulutnya dan memasukkannya ke dalam mulut,” kata Cutchin kepada KRON-TV.



Rumah jagaan itu melancarkan siasatan dalaman serta bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengenal pasti punca kejadian. Kakitangan yang terlibat dalam kesilapan itu telah digantung kerja.

Maxwell meninggalkan lapan anak dan 20 cucu, demikian menurut Cutchin. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu



Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker