Keluarga tahu kemalangan maut 4 beranak dari media sosial
Kemalangan maut empat beranak di Jalan Kampung Semanggar Dalam, di Kota Tinggi tengah hari semalam hanya diketahui ahli keluarga mereka menerusi gambar di media sosial.
Ibu kepada salah seorang mangsa, Rosni Sintingan, berkata dia tidak menyangka kehilangan anak perempuan, menantu dan dua orang cucunya sekelip mata.
Menurutnya, dia mengetahui mengenai insiden itu apabila seorang anak buahnya terlihat foto kemalangan tersebut di Facebook, sebelum menerima panggilan kecemasan.
Kata Rosni, ketika tiba di tempat kejadian mayat anak sulungnya, Siti Jamaliah Mohd Yatim, 27, dan cucunya Nurfatihah Jannah berusia sembilan bulan telah dibawa polis.
“Saya dapat lihat menantu (Mohamad Suti Yahaya, 39) dan cucu lelaki (Nur Firman Hadi Abdul Rahman, 5) saja yang masih terbaring di tempat kejadian dalam keadaan sudah tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi Bernama, malam tadi.
Rosni, 53, berkata lebih memilukan ialah apabila anak sulung mangsa, Nur Suzila, 8, yang dijaga olehnya sejak dari usia empat bulan, kini menjadi yatim piatu.
“Tadi saya dah beritahu kepada Ila (Nur Suzila) mengenai tragedi yang menimpa ibu, papa serta adik-adiknya dan dia hanya menganggukkan kepala. Mungkin masih kurang mengerti tentang apa yang terjadi,” katanya dalam sebak.
Dia yang baru bertemu keempat-empat mereka dua hari lepas berkata, anaknya yang mesra dipanggil kakak itu merupakan seorang anak yang bertanggungjawab, selain suka bergurau.
Rosni berkata keluarganya masih menunggu keputusan bedah siasat empat beranak tersebut.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Pasir Raja, di Kota Tinggi.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian pada jam 1.20 tengah hari itu dipercayai berlaku apabila Mohamad Suti – yang membawa tiga lagi mangsa – gagal mengawal motosikal yang dinaiki mereka semasa melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.
Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
– Bernama
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin patut dinobat pelakon terbaik Malaysia
- Surat bersifat hina mahkamah, Zaid minta ketua hakim negara ambil tindakan
- Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel
- 6 berita gembira pengumuman PM khas buat penjawat awam
- Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam
- Mana ada PH amalkan pendakwaan terpilih
- Menara 100 meter dirobohkan dalam masa 9 saat
- Akar umbi Pas, UMNO setuju elak bertembung 27 kerusi MN – Zuhdi
- Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi
- Khairuddin bidas PAS, jatuhkan UMNO Melayu, Islam bertentangan dengan keputusan Majlis Syura
- 7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
- Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’
- Isteri naik hantu pukul suami, penyanyi dangdut [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu