Kejayaan bawa kemerdekaan negara, pencapaian terbesar Umno

Kejayaan bawa kemerdekaan negara, pencapaian terbesar Umno

KEJAYAAN membawa kemerdekaan kepada tanah air pada 31 Ogos 1957 antara kejayaan terbesar Umno yang tidak akan sesekali dilupai, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, Umno melakukannya semata-mata kerana sayangkan negara demi memastikan masa depan tanah air bangkit dengan keazaman serta jati diri yang luhur dan tulus.

“Syukur Alhamdulillah Umno sejak kemerdekaan negara telah pun membawa kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan ke seluruh pelusuk tanah air.

“Itu semua tidak akan terzahir tanpa semangat kebersamaan dan kesetiaan para pimpinannya yang bergerak sebagai sebuah pasukan walau apa halangan mendatang,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Ahmad Zahid, meskipun berdepan pelbagai cabaran, Umno sukses menguruskan negara yang terdiri pelbagai kaum, budaya, agama dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Berdepan dengan kelompok yang tidak pernah jemu cuba mengubah nilai kemerdekaan kita agar selari dengan agenda songsang dan cauvinis mereka.

“Namun kita yakin muslihat mereka tidak akan berjaya selagi Umno terus kuat berpegang kepada prinsip perjuangannya dan menjadi benteng kemerdekaan,” katanya. E9

Kejayaan bawa kemerdekaan negara, pencapaian terbesar Umno


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker