Caruman siling gaji baharu dikuatkuasa mulai 1 Sept, menurut Perkeso
Caruman siling gaji baharu dikuatkuasa mulai 1 Sept, menurut Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menguatkuasakan siling gaji baharu bagi caruman daripada RM4,000 kepada RM5,000 sebulan, mulai 1 September ini, kata Ketua Eksekutifnya, Mohammed Azman Aziz Mohammed.
Jelas Azman, langkah itu bagi menambah baik liputan keselamatan sosial Perkeso menerusi peningkatan kadar bayaran faedah sedia ada sehingga 25.3%.
“Faedah itu seperti Faedah Hilang Upaya Sementara (FHUS), Faedah Hilang Upaya Kekal (FHUK), Faedah Orang Tanggungan (FOT), Pencen Penakat dan Pencen Ilat di bawah Akta 4 serta Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) dan Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) di bawah Akta 800.
“Mulai September ini, amaun caruman akan terpakai bagi pekerja yang bergaji melebihi RM4,000 sebulan adalah seperti dinyatakan dalam Jadual Ketiga, Akta 4 dan Jadual Kedua, Akta 800. Pekerja bergaji melebihi RM5,000 sebulan, amaun caruman mengikut had siling gaji RM5,000,” katanya menurut Berita Harian.
Azman berkata, penguatkuasaan siling gaji baharu untuk caruman skim itu juga selaras pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
“Oleh itu, bayaran caruman bagi September ini dan seterusnya perlu dibuat majikan mengikut pindaan had siling gaji baharu.
“Majikan diminta mencatatkan jumlah potongan caruman dalam penyata atau slip gaji pekerja masing-masing, bagi tujuan rekod dan aktiviti pemeriksaan oleh Perkeso,” katanya.
Katanya lagi, dijangka seramai 1.5 juta pekerja atau hampir 19% daripada keseluruhan pencarum di seluruh negara terbabit dalam peningkatan siling gaji ini yang merangkumi pekerja tempatan dan asing.
“Sejak penubuhannya pada 1971 hingga kini, peningkatan siling gaji ini sudah dilaksanakan sebanyak lima kali oleh Perkeso.
“Langkah ini dilaksanakan sejajar usaha berterusan agensi ini ke arah menyediakan perlindungan sosial yang lebih komprehensif kepada pencarum dan orang tanggungannya,” katanya. FMT
Caruman siling gaji baharu dikuatkuasa mulai 1 Sept, menurut Perkeso
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin patut dinobat pelakon terbaik Malaysia
- Surat bersifat hina mahkamah, Zaid minta ketua hakim negara ambil tindakan
- Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel
- 6 berita gembira pengumuman PM khas buat penjawat awam
- Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam
- Mana ada PH amalkan pendakwaan terpilih
- Menara 100 meter dirobohkan dalam masa 9 saat
- Akar umbi Pas, UMNO setuju elak bertembung 27 kerusi MN – Zuhdi
- Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi
- Khairuddin bidas PAS, jatuhkan UMNO Melayu, Islam bertentangan dengan keputusan Majlis Syura
- 7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
- Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’
- Isteri naik hantu pukul suami, penyanyi dangdut [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu
Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1
You must be logged in to post a comment.