Ain, ibu bapa fail saman baharu terhadap kerajaan, 4 defendan lain
Ain, ibu bapa fail saman baharu terhadap kerajaan, 4 defendan lain
Ain Husniza Saiful Nizam dan ibu bapanya memfailkan saman baharu terhadap kerajaan dan Menteri Pendidikan Radzi Jidin kerana melanggar peraturan dan pekeliling dalaman.
Mereka turut menamakan tiga lagi defendan, iaitu guru SMK Puncak Alam, Khairul Nizam Sanuddin; bekas guru besar sekolah, Sarimah Mohammed Nor; dan Pengarah Pendidikan Selangor Anismah M Noh.
Dalam saman baharu yang difailkan awal bulan ini, Ain dan ibu bapanya turut mendakwa lima defendan melanggar hak mereka mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Konvensyen Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu 1989.
Tahun lalu, Ain mendakwa Khairul – ketika itu guru pendidikan jasmani dan kesihatannya – telah membuat jenaka mengenai rogol, malah dikatakan menggalakkan pelajarnya melakukan jenayah itu.
Khairul kemudian memfailkan saman terhadap Ain dan bapanya, kerana didakwa memfitnahnya di media sosial dan dalam temu bual bersama media.
Dua beranak itu kemudian memfailkan saman balas terhadap Khairul dan kerajaan, bagi kesengsaraan emosi dialami akibat jenaka rogol itu, dan kesan diterima akibatnya.
Sarimah, Anismah, Radzi dan kerajaan turut dinamakan dalam saman berkenaan.
Peguam Sankara Nair yang mewakili Ain dan keluarganya, berkata adalah memalukan apabila Kementerian Pendidikan tiada sistem bagi melindungi pelajar, khususnya pelajar perempuan, daripada pelanggaran pensia-siaan dan pelanggaran undang-undang.
“Saya menggesa kerajaan menangani isu ini bagi melindungi lebih ramai lagi pelajar seperti Ain yang mungkin menjadi mangsa tersembunyi kes gangguan di sekolah-sekolah dan dalam masyarakat kita,” katanya.
Ain dan ibu bapanya turut menyaman Khiarul dan/atau Sarimah antara lain kerana menyebabkan tekanan emosi dan/atau secara sengaja atau semberono. Mereka turut menyaman Khairul kerana gangguan seksual, salah laku jenayah dan kecuaian.
Tiga beranak itu turut memohon perintah supaya Radzi menggantung tugas Khairul, selain untuk kerajaan mengarahkan Biro Aduan Awam mengarahkan agensi yang relevan supaya menyiasat Khairul dan/atau Sarimah atas perlakuan mereka.
Mereka turut memohon ganti rugi teruk, teladan, pampasan am dan khas. FMT
Ain, ibu bapa fail saman baharu terhadap kerajaan, 4 defendan lain
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin patut dinobat pelakon terbaik Malaysia
- Surat bersifat hina mahkamah, Zaid minta ketua hakim negara ambil tindakan
- Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel
- 6 berita gembira pengumuman PM khas buat penjawat awam
- Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam
- Mana ada PH amalkan pendakwaan terpilih
- Menara 100 meter dirobohkan dalam masa 9 saat
- Akar umbi Pas, UMNO setuju elak bertembung 27 kerusi MN – Zuhdi
- Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi
- Khairuddin bidas PAS, jatuhkan UMNO Melayu, Islam bertentangan dengan keputusan Majlis Syura
- 7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
- Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’
- Isteri naik hantu pukul suami, penyanyi dangdut [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu
Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air