Tak salah kongsi kebaikan bersama – Johan
Tak salah kongsi kebaikan bersama – Johan
Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Johan terkilan apabila terdapat segelintir pihak yang kurang senang melihat perkongsiannya di media sosial mengenai kehidupan di rumah bersama keluarga.
Johan atau nama sebenarnya Mohamad Yazid Lim Mohd Aziz, 38, berkata, sebagai bapa dan ketua keluarga dia perlu menjadi individu terbaik dan tiada salahnya untuk berkongsi kebaikan kepada pengikut.
“Johan yang anda lihat di depan kamera dan di rumah adalah dua individu berbeza. Di rumah saya adalah Yazid kepada anak-anak.
“Setiap perkongsian saya di media sosial adalah untuk pengikut tetapi ada yang bukan dalam kalangan pengikut mula ‘berbunyi’ dan mereka bercakap apa sahaja yang dimahukan. Itu membuatkan saya tak suka,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Abang Long Fadil 3 baru-baru ini.
Baru-baru ini tular video Johan sedang mengajar salah seorang anaknya mengaji sambil memegang rotan mendapat pelbagai respons ramai yang suka dan mengkritik cara didikannya terhadap anak-anak.
Menurut Johan, selagi masih bernyawa dia seboleh mungkin mahu memberikan didikan dan ilmu terbaik kepada anak-anaknya itu.
“Saya memang suka anak ramai kerana mereka ada pelbagai karakter dan saya bagi ilmu sama rata untuk mereka sebagai bekalan untuk terus hidup sekiranya saya sudah tiada suatu hari nanti.
“Semua ibu bapa pasti ada perasaan risau apabila anak-anak semakin membesar. Perkara sudah terjadi kepada diri saya sendiri. Nenek beragama Buddha tetapi ibu pula memilih jalan untuk memeluk Islam sebab itu pilihannya.
“Apa yang boleh saya lakukan adalah sentiasa berdoa. Sekarang ini anak-anak masih kecil dan mereka sentiasa doakan saya terus murah rezeki. Apabila sudah besar nanti, pasti mereka pula mengharapkan doa ibu bapa untuk berjaya,” katanya.
Terdahulu, Johan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ozlynn Wati dan dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania, Nur Latifah Moleiq Hanania dan Nur Latifah Cherdiq. HM
Tak salah kongsi kebaikan bersama – Johan
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin patut dinobat pelakon terbaik Malaysia
- Surat bersifat hina mahkamah, Zaid minta ketua hakim negara ambil tindakan
- Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel
- 6 berita gembira pengumuman PM khas buat penjawat awam
- Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam
- Mana ada PH amalkan pendakwaan terpilih
- Menara 100 meter dirobohkan dalam masa 9 saat
- Akar umbi Pas, UMNO setuju elak bertembung 27 kerusi MN – Zuhdi
- Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi
- Khairuddin bidas PAS, jatuhkan UMNO Melayu, Islam bertentangan dengan keputusan Majlis Syura
- 7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
- Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’
- Isteri naik hantu pukul suami, penyanyi dangdut [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu
Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1