National Geographic UK ‘diserang’ netizen Singapura

SINGAPURA – Pihak pentadbiran Facebook National Geographic UK (Britain) ‘koyak’ selepas dikecam netizen Singapura yang berang apabila laman itu menulis Gardens By The Bay terletak di Singapura, Malaysia, lapor laman berita Mothership Sg semalam.

Ia bertindak mengalih klik pengguna dari Singapura ke laman Facebook National Geographic Asia bagi mengelak lebih banyak kecaman terhadap artikel tersebut.

Perubahan kebolehakses  itu  berlaku dua hari selepas laman National Geographic UK diselar kerana menyiarkan foto Gardens By The Bay dan menyatakannya sebagai berada di ‘Singapore, Malaysia’.

Siaran itu pantas mendapat cemuhan rakyat Singapura dan negara jiran dengan ramai menyatakan ironi bahawa nama besar seperti National Geographic gagal mendapatkan maklumat geografi yang betul.

Pada satu ketika, siaran itu mendapat lebih 17,000 reaksi dan 10,000 perkongsian sebelum ia ditarik balik dua hari selepas ia disiarkan.

Sehingga kini, halaman Facebook National Geographic UK tidak memohon maaf atau mengakui kesilapan  itu. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu

Wanita Ini Dedahkan Sisi Gelap Bisnes Mesin Air

Misteri Raja bertanduk dua disebut dalam al-Quran – Bhg 1

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker