Muhyiddin tak sedar diri – Mat Sabu
Muhyiddin tak sedar diri – Mat Sabu
Presiden Amanah Mohamad Sabu menolak sebarang kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Perikatan Nasional (PN).
Mohamad ketika dihubungi, berkata beliau menolak sebarang kerjasama berkenaan kerana gabungan itu sebahagian daripada kerajaan semasa.
“Tidak ada sebarang kerjasama PH dengan PN kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan,” katanya kepada FMT.
Beliau juga sempat menempelak Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang disifatkannya sebagai “tidak sedar” akan kedudukan beliau yang merupakan sebahagian daripada kerajaan.
“Mungkin Muhyiddin tidak perasan dia berada di dalam kerajaan walaupun tidak lagi menjadi perdana menteri.
Pada April lalu, Mohamad menegaskan pendekatan “khemah besar” dalam gabungan PH membabitkan parti pembangkang dan tidak melibatkan parti membentuk kerajaan, termasuk PN dan BN bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Hari ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli membidas kenyataan Muhyiddin yang menyifatkan kenyataan beliau sebelum itu mengenai tiadanya sebarang kerjasama antara PH dan PN pada PRU15 sebagai “pandangan peribadi” sendiri.
Kata Rafizi, keputusan tidak bekerjasama dengan PN sudah dimuktamadkan PH pada mesyuarat Majlis Presiden PH, minggu lalu. FMT
Muhyiddin tak sedar diri – Mat Sabu
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin patut dinobat pelakon terbaik Malaysia
- Surat bersifat hina mahkamah, Zaid minta ketua hakim negara ambil tindakan
- Dapat kata laluan menerusi WhatsApp, baru boleh masuk hotel
- 6 berita gembira pengumuman PM khas buat penjawat awam
- Tunggu tindakan saya, Hisyam beritahu presiden Badan Peguam
- Mana ada PH amalkan pendakwaan terpilih
- Menara 100 meter dirobohkan dalam masa 9 saat
- Akar umbi Pas, UMNO setuju elak bertembung 27 kerusi MN – Zuhdi
- Sungguh melucukan bila Bersih selar Azalina – Asyraf Wajdi
- Khairuddin bidas PAS, jatuhkan UMNO Melayu, Islam bertentangan dengan keputusan Majlis Syura
- 7 warga asing diberkas kes penemuan mayat pemandu grab
- Sultan Johor tak pernah keluar kenyataan berkait ‘Kerajaan UMNO’
- Isteri naik hantu pukul suami, penyanyi dangdut [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pukulan Khairulaming, Pelanggan Beratur Panjang Mahu Rasa Nasi Lemak RM1.00 Bangsudu