Najib tak pernah minta kes digugurkan, hanya perlu keadilan – Zaid
Najib tak pernah minta kes digugurkan, hanya perlu keadilan – Zaid
Peguam cara Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim menegaskan bahawa selama beliau membantu bekas Perdana Menteri itu dalam mengendalikan prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, Najib tidak pernah meminta untuk kesnya digugurkan.
Mohd. Zaid menerusi satu hantaran video yang dikongsikan anak Najib, Nooryana Najwa Najib di Instagram miliknya malam tadi memaklumkan bekas Perdana Menteri itu hanya mahukan keadilan sewajarnya.
“Datuk Seri Najib tak pernah mengarah saya peguamnya atau menyuruh sesiapa sahaja untuk mencari jalan agar kerajaan campur tangan dalam kesnya (kes SRC).
“Tidak pernah dia (Najib) meminta untuk kita cari jalan supaya dapat mempengaruhi keputusan hakim, tidak pernah dia meminta mencari jalan untuk menarik balik tuduhan terhadapnya,” katanya.
Beliau juga menegaskan sekali lagi bahawa segala dakwaan yang diperkatakan oleh segelintir individu di luar sana adalah sekadar fitnah dan tidak adil sama sekali.
Tambah Mohd. Zaid, Najib hanya meminta pihak peguamnya terutama Firma guaman, Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) melakukan dua perkara iaitu meyakinkan mahkamah agar membenarkan bukti baharu yang beliau terima ditunjukkan.
“Dalam satu sampul surat, dua bulan lalu. Bukti yang menunjukkan Hakim Mohd. Nazlan yang membicarai kes beliau ada kepentingan yang bercanggah dengan kemampuan dia sebagai seorang hakim untuk mengendali kes ini,” jelasnya. K Online
Najib tak pernah minta kes digugurkan, hanya perlu keadilan – Zaid
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.