Saya tidak pernah takut, gentar berdepan perbicaraan mahkamah
Saya tidak pernah takut, gentar berdepan perbicaraan mahkamah
“Sekali lagi saya menegaskan di hadapan ribuan ahli UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur bahawa saya tidak pernah takut dan gentar untuk berdepan perbicaraan mahkamah.”
Demikian pengakuan berani yang dikeluarkan Pengerusi UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebook beliau sebentar tadi.
Tegasnya, beliau penuh yakin akan dapat membersihkan namanya daripada segala bentuk fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
“Saya menegaskan dengan penuh yakin bahawa diri ini tetap istiqamah akan membersihkan nama melalui lunas undang-undang yang sah, namun wajiblah menerusi perbicaraan yang adil.
‘Begitu juga Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah berusaha sehabis baik bersama pasukan guamannya, namun perjuangannya tersekat kerana berdepan kesulitan yang ramai ketahui kisah menimpanya,” katanya.
Nasihat Ahmad Zahid kepada ahli parti.
Tambah Ahmad Zahid, mungkin Najib telah terhalang, tetapi beliau belum tewas kerana perjuangannya untuk menegakkan kebenaran dan melawan kebatilan masih membara di sanubari rakyat terutama lebih 3.3 juta ahli UMNO.
“Justeru, propaganda konon ‘Presiden UMNO minta Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan’ ekoran takut untuk berdepan pengadilan mahkamah adalah fitnah dan permainan persepsi lawan politik.
“Saksikan juga saya sedari awal menzahirkan sebuah keazaman yang nyata di mahkamah, walhal yang berpropaganda itu sejurus berkuasa pada 9 Mei 2018 melepaskan diri dan rakan subahat daripada pengadilan,” jelasnya.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid turut meluahkan rasa kecewa dengan beberapa pemimpin parti yang sanggup melompat parti demi melepaskan diri.
“Begitu juga sebahagian mereka adalah ‘katak-katak’ yang melompat keluar dari UMNO gara-gara mahu mengelak berdepan pendakwaan politik oleh musuh UMNO tanpa rasa malu mahu berbicara tentang ketakutan.
“Mereka itu tidak layak berkata tentang kes mahkamah yang dikenakan terhadap saya,” tegasnya. K Online
Saya tidak pernah takut, gentar berdepan perbicaraan mahkamah
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.