‘Sangat Mendukacitakan’, Ramachandran ‘Kecewa’ Rekod Miliknya Masih Utuh Selepas 28 tahun

‘Sangat Mendukacitakan’, Ramachandran ‘Kecewa’ Rekod Miliknya Masih Utuh Selepas 28 tahun

Bekas pelari jarak jauh negara M. Ramachandran mengakui kecewa kerana sehingga kini masih belum ada atlet Malaysia yang dapat mengembalikan kegemilangan dalam acara jarak jauh, terutamanya di peringkat serantau.

Pemegang rekod kebangsaan acara 5,000 dan 10,000 meter (m) yang sudah bertahan 28 tahun hingga hari ini itu berkata kurangnya penglibatan dan keazaman dalam kalangan atlet generasi kini, menyebabkan Malaysia tidak menonjol dalam acara jarak jauh yang dulunya didominasi atlet kelahiran Johor itu.

“Atlet sekarang dengan adanya elaun bulanan, dibantu dengan kemudahan bertaraf dunia di Bukit Jalil dan teknologi canggih khususnya Institut Sukan Negara (NSI) masih tidak mampu memecahkan rekod.

“Sangat mendukacitakan saya melihat kedua-dua rekod itu masih utuh. Pada pendapat saya, masalah utama ialah mereka tidak berazam dan terlibat sepenuhnya untuk mencapai kejayaan besar dalam kerjaya mereka, selain daripada pembangunan yang lemah dalam sukan itu.

“Ramai memilih untuk berlari dalam jarak lebih pendek dengan pemikiran ‘mengapa perlu berlari 25 pusingan untuk 10,000m sedangkan saya boleh menamatkan perlumbaan dalam satu pusingan’ jika ia adalah acara 400m. Komitmen besar diperlukan bagi mana-mana atlet untuk menjadi juara,” katanya kepada Bernama.

Ramachandran, 56, yang memecahkan rekod kebangsaan 5,000m dan 10,000m sebanyak enam kali di enam negara berbeza antara Jun 1989 dan Ogos 1994, dianggap sebagai pelari jarak jauh terbaik dihasilkan negara, serta atlet pertama dan satu-satunya atlet Malaysia melakukan catatan di bawah 30 minit dalam acara 10,000m.

Catatan 14 minit 06.84 saat yang dilakukannya untuk memenangi acara 5,000m di Terbuka Hamburg di Troisdorf, Jerman pada 5 Ogos 1994 dan 29:30.19s dalam acara 10,000m di Sukan Komanwel 1994 di Victoria, Kanada untuk menduduki tempat ketujuh pada 27 Ogos, adalah antara rekod kebangsaan acara olahraga paling lama bertahan.

Sementara itu, Olahragawan Kebangsaan dan Olimpian 1993 itu juga mengakui kecewa dengan pencapaian skuad olahraga yang hanya mampu meraih lima daripada 47 pingat emas ditawarkan pada dua temasya Sukan SEA lepas berbanding pada era 90-an, acara trek dan padang pernah menjadi penyumbang emas utama kontinjen negara dengan purata lebih 10 pingat emas.– BERNAMA

‘Sangat Mendukacitakan’, Ramachandran ‘Kecewa’ Rekod Miliknya Masih Utuh Selepas 28 tahun

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker