PM minta tunggu tarikh PRU-15

 

Serdang: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas mengenai spekulasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) didakwa diawalkan susulan perbincangan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi.

Sebaliknya, beliau sekadar meminta semua supaya ‘menunggu’ mengenai tarikh pilihan raya umum itu.

“Tunggu…tunggu,” katanya ringkas ketika ditanya bila beliau akan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan.

Semalam, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Taklimat Khas Presiden di hadapan lebih 2,000 ahli parti itu dilapor berkata, MKT akan berbincang mengenai desakan supaya PRU-15 diadakan segera.

Namun, MKT yang bermesyuarat malam tadi belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hasil mesyuarat terbabit setakat ini.

Media sebelum ini melaporkan Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini akan dibentang tiga minggu lebih awal.

Ia dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 7 Oktober ini, selepas diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet Jumaat lalu.

Perkara itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar kepada BH.

Beliau turut mengesahkan perjalanan Takwim Dewan Rakyat yang menggariskan mesyuarat ketiga penggal kelima bermula Oktober ini juga diawalkan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

 

 

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker