Vakum dan mop Corvan tanpa wayar memudahkan kerja pembersihan rumah

Vakum dan mop Corvan tanpa wayar memudahkan kerja pembersihan rumah

TUGAS membersih rumah bukan kerja yang mudah. Tanpa teknik dan peralatan yang betul, masa diambil bagi membersihkan seluruh ruangan mungkin memakan tempoh lebih lama.

Justeru, tidak hairan jika inovasi produk pembersihan dengan teknologi canggih mula mendapat perhatian ramai pengguna di negara ini.

Sebagai contoh, penyapu yang digunakan sejak dahulu digantikan dengan vakum serba canggih dan moden.

Kini, vakum yang digunakan secara meluas bukan sahaja dapat menjimatkan masa bahkan dapat mengurangkan penggunaan tenaga.

Terbaharu, jenama Corvan mencuri tumpuan ramai apabila memperkenalkan Vakum dan Mop Tanpa Wayar Corvan K18 dengan fungsi dua dalam satu atau lebih dikenali sebagai Corvan K18.

Sejak berada di pasaran, Corvan K18 bukan sahaja mendapat liputan daripada media terkemuka seperti TV3 dan Free Malaysia Today (FMT), malah ia juga menerima ulasan yang baik daripada blog teknologi terkini seperti ProductNation dan BestAdvisor.

Sambutan yang luar biasa memberi impak positif sehingga semua unit Corvan K18 terjual semasa hari pelancaran.

Disebabkan itu, orang ramai yang berminat untuk mendapatkan Corvan K18 perlu membuat pra pesanan.

Rata-rata pengguna yang membeli Corvan K18 memberi maklum balas bahawa ia satu penantian yang berbaloi dan secara tidak langsung menjadi bualan hangat di media sosial.

Vakum dengan fungsi Mop

Berbanding vakum sedia ada di pasaran, Corvan K18 direka sempurna dengan pad gentian mikro mop dwi-motor yang berputar pada kelajuan 250 putaran seminit (rpm), menghasilkan kuasa mengemop seperti sentalan manual menggunakan dua tangan.

Selain itu, ketika melakukan tugasan mengemop, air dilepaskan secara terkawal pada bahagian tengah pad mop bagi mengekalkan kelembapan optimum tanpa meninggalkan kesan tompokan air.

Kuasa sedutan yang kuat dan berkesan

Kuasa sedutan ultra Corvan K18 pada 201AW berupaya menyedut setiap jenis kotoran dengan hanya sekali sedutan.

Berus anti kusut yang disertakan juga memainkan peranan penting dalam membantu proses sedutan rambut dan bulu haiwan peliharaan supaya pengguna tidak perlu bersusah payah untuk mengeluarkan rambut daripada berus vakum selepas setiap penggunaan.

Lebih mengujakan, sistem UltraCyclone membolehkan Corvan K18 menyimpan semua debu dan kotoran dengan rapi dalam bekas kotoran tanpa beg sebesar 800 milimeter (ml). Ini secara tidak langsung dapat menghalang penapis HEPA daripada tersumbat sehingga menjejaskan kuasa sedutan.

Selain itu, Corvan K18 juga dilengkapi dengan enam tahap pembersihan udara dengan gred profesional H12 penapis HEPA yang berteknologi tinggi dan berupaya memastikan udara bersih dilepaskan keluar, menjadikannya lebih mesra pengguna, terutama bagi mereka yang mempunyai alahan dan asma.

Ringan dengan reka bentuk ergonomik

Gabungan motor digital tanpa berus beserta sistem pengurusan bateri dan teknologi Drive-Assist pada Corvan K18 pula memastikan pergerakannya lancar dan lebih mudah dikendalikan.

Kebiasaannya, vakum tanpa wayar yang didatangkan dengan kuasa sedutan tinggi dan bateri tahan lama seperti ini agak berat dan ia dijual pada harga yang mahal di pasaran.

Namun, berbeza pula dengan Corvan K18, ia dicipta dengan berat hanya 1.5 kilogram (kg) dan diklasifikasikan antara vakum tanpa wayar paling ringan setakat ini.

Tiang pengecas automatik

Bukan itu sahaja, pengguna juga tidak perlu bersusah payah menebuk lubang pada dinding untuk menggantung Corvan K18 kerana ia disertakan dengan tiang pengecas automatik yang membolehkannya disimpan dengan mudah. Aksesori tambahan pula boleh diklip pada tiang pengecas agar tampak lebih kemas.

Sementara itu, bagi pengguna yang ingin menambah tempoh operasi Corvan K18 sehingga 100 minit, mereka boleh mendapatkan bateri tambahan yang boleh dicas secara berasingan pada tiang pengecas yang sama.

Ciri-ciri tambahan

Corvan K18 turut disertakan dengan pelbagai ciri tambahan lain seperti:

Enam lampu LED berkuasa tinggi yang membantu mendedahkan habuk halus.
Perkakas untuk membersihkan pelbagai jenis ruang.
Paparan skrin sentuh digital.
Operasi satu tangan dengan reka bentuk pintar.
Sistem penapis yang boleh dicuci dan digunakan semula.
Diciptakan dengan teliti untuk kegunaan harian yang praktikal, reka bentuk Corvan K18 menetapkan penanda aras baharu yang tinggi dalam industri bagi kategori peranti pembersih tanpa wayar.

Jaminan perkhidmatan Corvan

Pusat servis Corvan yang terletak di Petaling Jaya tersedia dengan pasukan teknikal yang berkebolehan tinggi, serta menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik buat anda.

Selain itu, Corvan turut menyediakan waranti motor selama lima tahun untuk Corvan K18.

Kesimpulannya, Corvan K18 boleh dikatakan sebagai peranti pembersih tanpa wayar yang paling berbaloi di pasaran pada masa kini.

Kebanyakan pengguna bersetuju bahawa Corvan K18 sesuai dijadikan hadiah teristimewa buat ibu bapa, isteri atau rakan yang baru mendirikan rumah tangga. Ia pasti akan memudahkan rutin pembersihan harian setiap pemiliknya.

Berita baik buat rakyat Malaysia, anda boleh menikmati potongan harga sehingga 80 peratus dan berpeluang membawa pulang Penggoreng Kering F38 (Air Fryer F38) secara percuma pada Jualan Mega Corvan 9.9 menerusi laman web rasmi Corvan.

Selain Corvan K18, jenama Corvan juga menawarkan pelbagai pilihan vakum mampu milik seperti K6, K6s dan K9 serta perkakas rumah dan dapur yang lain.

Beli sekarang di platform dalam talian rasmi Corvan.

Vakum dan mop Corvan tanpa wayar memudahkan kerja pembersihan rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker