PM tahu masa sesuai adakan PRU15 – MB Perak
Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, mengadakan PRU15 segera atau lewat bukan menjadi isu sebaliknya kesesuaian masa untuk melaksanakannya.
Menurutnya, BN Perak percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempunyai maklumat mengenai masa yang sesuai untuk mengadakan PRU15.
“Pilihan raya ini kena masa yang betul. Kalau segera tetapi masa tak betul tak jadi juga. Sama ada segera atau dilewatkan bergantung kepada masa yang cukup sesuai.
“Jadi saya yakin Perdana Menteri ada maklumat dan sumber bila masa paling sesuai untuk dia menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menasihati Seri Paduka Baginda untuk bubar.
“Jadi kita doa supaya Perdana Menteri akan mendapat hidayah dan masa yang betul (untuk membubarkan Parlimen),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Penghijauan Malaysia: YAB Menteri Besar Bersama Pelajar Negeri Perak di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, di sini pada Jumaat.
Sementara itu mengenai taklimat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Sabtu, Saarani menjelaskan ia bukan perkara yang luar biasa kerana memang setiap tahun diadakan program seumpama itu.
Menurutnya, taklimat berkenaan juga dijangka akan menyentuh keputusan penghakiman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberikan pemahaman kepada pimpinan UMNO.
“Dilihat ada keperluan untuk presiden berjumpa dengan kepimpinan dan ahli-ahli untuk memberi penerangan serta menenangkan supaya orang faham apa yang berlaku paling penting ia tidak akan merosakkan perpaduan dalam UMNO.
“Yang paling penting esok, lagi ramai orang datang lagi elok.
Pertama, dapat dengar taklimat daripada presiden parti, kedua dengan pertemuan itu, dapat mengelakkan sebarang prasangka serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan ahli,” katanya yang juga Pengerusi UMNO Perak.
Media sebelum ini melaporkan satu taklimat khas oleh Ahmad Zahid dijadual diadakan pada Sabtu bermula jam 2 petang di Dewan Mereka dan Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan rasmi Twitternya pada Rabu.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.