Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
HULU LANGAT: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa cuba mengatur gerakan untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua menerusi strategi ‘Khemah Besar’.
Menurut Mukhriz, Muhyiddin berhasrat menggabungkan Perikatan Nasional (PN) dengan Pakatan Harapan (PH) serta beberapa parti lain seperti PEJUANG, Parti Warisan (WARISAN) serta Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), dan menawarkan dirinya sebagai Perdana Menteri gabungan itu.
Ahli Parlimen Jerlun itu berkata, cadangan itu disuarakan Muhyiddin ketika beliau bertemu Pengerusi PEJUANG, Tun Dr Mahathir Mohamad empat hari selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, yang juga pertemuan pertama kedua-dua mereka sejak Dr Mahathir disingkirkan daripada BERSATU.
“Muhyiddin datang berjumpa Tun (Dr Mahathir). Saya ada di situ. Dia tak ada nak minta maaf, dia cakap Khemah Besar yang dia cuba usahakan antara PN dan PH, dan jika berjaya boleh disusuli WARISAN, PEJUANG dan MUDA.
“Dia (Muhyiddin) kata dah tiga kali jumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan bila Anwar tanya struktur kepimpinan Khemah Besar, Muhyiddin kata Anwar tak boleh jadi Perdana Menteri sebab dia ketuai parti campuran, jadi Muhyiddin jadi Perdana Menteri.
“Ini satu syarat yang begitu besar untuk lantik dia jadi Perdana Menteri. Kalau ikhlas, sepatutnya bincang mengenai gabungan dulu tapi bila datang dan tawar jadi Perdana Menteri kali kedua, rasa tak sesuai sangat.
“PEJUANG setuju atau tak, ia tak beri kesan kerana kami empat orang saja. Kalau PH setuju, maka jadilah cadangan ini tapi seperti yang kita agak, mereka pun tak setuju,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Temu Mesra Bersama Rakyat di Parlimen Hulu Langat di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mukhriz memaklumkan beliau ketika itu mengharapkan cadangan gabungan yang lebih mengetengahkan barisan pemimpin muda dalam pelbagai parti, manakala pemimpin senior sebagai penasihat.
“Harapan saya ketika itu supaya pemimpin senior yang berpengalaman diangkat dalam majlis penasihat atau ‘Council of Elders’, manakala lapisan kedua diisi pemimpin muda yang sudah tiba masa diberi peranan penting dalam pembentukan kerajaan,” katanya.
Sementara itu, dalam ucapannya, Mukhriz mengakui PEJUANG ada mempertimbang untuk bergabung bersama beberapa parti lain seperti PH, PAS, PKR serta UMNO yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, namun akhirnya memutuskan untuk mewujudkan Gerakan Tanah Air (GTA).
Bekas Menteri Besar Kedah itu berkata, ramai ahli PEJUANG tidak boleh menerima kerjasama dengan BERSATU, manakala UMNO masih tidak berubah sikap dan masih kekal seperti sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
PAS pula, dakwanya, masih terus mempergunakan agama untuk kepentingan parti, manakala ramai akar umbi PEJUANG untuk bekerjasama dengan PH kerana DAP, selain enggan kisah pahit kerjasama dengan PKR berulang.
“Maka kita putuskan kena tubuh gabungan baharu iaitu Gerakan Tanah Air (GTA) bersama Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO),” katanya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bersongkok tapi seluar pendek, acara fesyen KL pula dilanda kontroversi (Video)
- Kantoi Pasangan Kekasih Buat Hubungan Seks Di Stadium Ketika Perlawanan [VIDEO]
- Terlalu Banyak Kebaikannya Untuk Saya Ceritakan – Fizo Omar
- Shafee ‘terganggu’ dengan jawapan saksi
- Tangkap Jho Low, Nik Faizal boleh bersihkan nama Najib – Peguam
- Misteri kenapa AG belum dakwa Hakim Nazlan – Puad
- Politik tentukan Najib kalah, bukan soal tiada campur tangan – Zaid
- Deraf penghakiman Najib bocor, polis panggil beberapa individu
- NASA siar imej ribut gergasi cukup besar untuk ‘menelan’ Bumi
- Eyka Farhana Jadi Model Pakaian Dalam (Video)
- Hilang Najib sebagai ‘perisai’ tapi senjata BN hadapi PRU-15 – Penganalisis
- Saya takut orang geli dan jijik – DUKE
- Peguam Diraja Laidlaw cabar keputusan Mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.