Kisah Najib bukan penamat perjuangan UMNO – Zahid
Kisah Najib bukan penamat perjuangan UMNO – Zahid
Kisah Datuk Seri Najib Razak bukan pengakhiran kepada perjuangan UMNO untuk mengembalikan kemakmuran di bumi Malaysia.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya, kisah itu akan menjadi azimat penguat kepada parti itu untuk terus bersama dan lebih bersemangat dalam berjuang.
“Mereka menjangkakan api kemaraan UMNO akan terpadam dengan pemenjaraan Najib.
“Mereka mengharapkan muslihat mereka akan lebih mudah dicatur dan terlaksana, ternyata mereka tersilap mengatur percaturan,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Kelmarin, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib dalam kes SRC International.
Bekas Perdana Menteri itu juga sedang berdepan perbicaraan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahmad Zahid menambah, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), pihak musuh pernah menyatakan UMNO telah tiada dan sudah berakhir.
Menurut beliau, mereka mahu menamatkan terus riwayat UMNO, namun berkat keazaman bersama parti itu berjaya menghalanginya.
“Bersama kita semua mara dan terus berjuang mencapai kebangkitan UMNO,” jelasnya.
Beliau memberitahu, selepas gagal dan melihat kebangkitan UMNO, pihak musuh mahu menguasai parti terbesar orang Melayu itu serta mahu memperkudakannya untuk menjamin kedudukan politik, kuasa dan jawatan mereka yang kian lemah.
Namun, katanya, berkat keazaman pemimpin dan ahli UMNO yang setia, sekali lagi mereka bersama-sama berjaya menghalanginya.
“Bagaimanapun dapat jua disaksikan betapa mereka tetap bermuslihat untuk menawan dan mempergunakan UMNO.
“Bagi mencapai tipu daya, pemimpin UMNO yang mempertahan UMNO daripada tergadai kepada mereka mahu diketepikan,” katanya.
Ahmad Zahid turut bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana para pimpinan UMNO yang setia kepada perjuangan parti tidak tunduk dan mengalah.
“Termasuk Najib yang telah begitu banyak berjasa kepada UMNO yang kini dipenjarakan,” katanya. MG
Kisah Najib bukan penamat perjuangan UMNO – Zahid
Baca Artikel Menarik:
- Bersongkok tapi seluar pendek, acara fesyen KL pula dilanda kontroversi (Video)
- Kantoi Pasangan Kekasih Buat Hubungan Seks Di Stadium Ketika Perlawanan [VIDEO]
- Terlalu Banyak Kebaikannya Untuk Saya Ceritakan – Fizo Omar
- Shafee ‘terganggu’ dengan jawapan saksi
- Tangkap Jho Low, Nik Faizal boleh bersihkan nama Najib – Peguam
- Misteri kenapa AG belum dakwa Hakim Nazlan – Puad
- Politik tentukan Najib kalah, bukan soal tiada campur tangan – Zaid
- Deraf penghakiman Najib bocor, polis panggil beberapa individu
- NASA siar imej ribut gergasi cukup besar untuk ‘menelan’ Bumi
- Eyka Farhana Jadi Model Pakaian Dalam (Video)
- Hilang Najib sebagai ‘perisai’ tapi senjata BN hadapi PRU-15 – Penganalisis
- Saya takut orang geli dan jijik – DUKE
- Peguam Diraja Laidlaw cabar keputusan Mahkamah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.