Lelaki maut nahas tiga kenderaan

Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. – Foto JBPM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran sebuah pusat beli belah di sini pada Rabu.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan pada Rabu berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 6.30 pagi.

Menurutnya, Proton Waja dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dua kenderaan lain.

“Setibanya di lokasi mendapati kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu Proton Waja, Perodua Bezza dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard.

“Terdapat seorang lelaki berusia 37 tahun tersepit dalam kereta dan berjaya dikeluarkan anggota bomba. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur (HKL),” menurut kenyataan tersebut.

Katanya, pemandu Perodua Bezza mengalami cedera ringan manakala pemandu MPV tersebut bersama anak perempuannya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes masih dalam siasatan pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

“Pemandu sebuah lagi kereta cedera ringan dan pemandu MPV bersama anak perempuannya tidak cedera,” kata kenyataan itu.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Video Wanita Dakwa Dirasuk Roh Tangmo Nida Tular Sehari Sebelum Mayat Pelakon Ditemui [VIDEO]

Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]

Kalau Tak Idam Jadi PM, Kenapa Beri Bayangan Akan Kembali? – Zahid Persoal Muhyiddin

Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan Ditampar Guru Tari Padah Mengeluh Terlalu Penat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker